Inilah Dimahukannya.....Mahathir Mahu Pemimpin Lemah, Senang Jadi Boneka

Gelak ketawa dan boleh berbual lagi dengan Madey...bila MADEY tidak suka tidak kira lah kau ni siapa...Lawan tetap lawan..Sanggup dijatuhkan walauapa sekali pun.

TUN Dr Mahathir telah menyingkirkan ramai pemimpin sepanjang karier politik beliau. Namun kini sejarah tercipta apabila beliau gagal mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar berundur dari jawatan tersebut walaupun Tun telah melancarkan beberapa siri “serangan” yang sepatutnya dapat menumbangkan Perdana menteri.

Rakyat amat maklum bahawa diantara sebab utama Tun mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib adalah kerana Perdana Menteri kita seorang pemimpin yang kuat dan tidak boleh dijadikan boneka yang bleh diarahkan sesuka hati Tun.

Oleh itu, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan apabila Tun amat yakin mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin yang memimpin serpihan Umno Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (PPBM) akan dapat memimpin parti. Definasi Tun sebagai boleh memimpin parti dilihat sebagai pemimpin yang boleh menerima arahan beliau umpama burung Belatuk.

Malah ramai pihak yang beranggapan bahawa Muhyiddin tidak mampu memimpin parti PPBM tanpa Tun.

Hipokrasi Tun yang berumur 91 tahun semakin memualkan apabila beliau tanpa segan silu mengatakan bahawa ramai orang yang tidak dibenarkan masuk Umno khususnya sebab pemimpin Umno takut orang lebih baik daripada mereka masuk parti dan singkirkan mereka.

Umum amat maklum bahawa Tun telah mengharamkan Umno lama dalam usaha beliau untuk menyingkirkan beberapa orang pemimpin yang mahu berlawan dengan beliau. Kemudian Tun menubuhkan Umno baru dimana mereka yang menentang beliau tidak dibenarkan untuk menyertai Umno baru tersebut. Kini beliau mendakwa disebaliknya pula. Hipokrasi apakah ini?

Selain daripada itu juga, Tun terus mendakwa kononnya orang ramai mahu perdana menteri letak jawatan sekarang, jika boleh sebelum penggal pertama tamat. Kononnya ini kerana soal pencapaian Perdana Menteri sedangkan kita semua faham bahawa Mahathir mempunyai agenda beliau sendiri yang melibatkan kepentingan peribadi.

Kerakusan Tun campurtangan dalam urusan politik negara selepas bersara dari jawatan Perdana Menteri dilihat sebagai ketidak relaan hati beliau untuk melepaskan kuasa. Perkara ini seolah-olah mendorong Tun memilih Perdana Menteri baru yang lemah agar mudah beliau perkotak katikan dan memberi arahan sesuka hati.

Oleh itu, sokongan yang Tun berikan kepada Muhyiddin dilihat hanya atas dasar Muhyiddin seorang yang lemah. Datuk Seri Najib pula terlalu kuat dan bijak maka dengan itu Tun mahu Najib disingkirkan agar beliau dapat terus mengekalkan kuasa. Tun kena ingat, semua itu tidak berguna lagi apabila kita dipanggil oleh Illahi. Semoga beliau mendapat hidayah di penghujung usia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana