Inilah DIkatakan Geng Buat Duit Oleh Kroni DAP.......Golongan 'Berduit' Diami Pangsapuri Kos Rendah, Sederhana

GEORGE TOWN: Bayangkan anda melihat sebuah kereta Honda HRV, Toyota Altis atau motosikal berkuasa tinggi, BMW masing-masing berharga lebih RM100,000 diletakkan di sebuah blok pangsapuri kos rendah dan sederhana (LMC)  di Bukit Gambier.

Jika kenderaan itu kepunyaan pemilik unit kediaman tersebut, maka setiap kenderaan itu lebih mahal berbanding seunit pangsapuri berkenaan yang berharga RM72,500, kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Beliau percaya beberapa unit pangsapuri tersebut diduduki individu yang tidak layak.

Di bawah dasar perumahan negeri, beliau berkata setiap unit pangsapuri itu dijual kepada mereka yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,500.

Pemilik tidak dibenarkan untuk menyewa atau menjadikan unit kediaman mereka sebagai homestay.

"Saya terkejut melihat kereta dan motosikal mewah diletakkan di pangsapuri tersebut. Adakah penduduk itu layak tinggal di pangsapuri tersebut?

"Ramai pemohon yang layak masih dalam senarai untuk mendapatkan pangsapuri kos rendah dan sederhana.

"Kami akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Baru-baru ini, The Star melaporkan hampir separuh daripada 780 unit pangsapuri di Tower A dan Tower B disewakan sebagaimana didakwa seorang penduduk pada Februari lalu.

Salah seorang pemilik pangsapuri itu mendakwa kebanyakan pemilik menyewa unit kediaman mereka sebaik mendapat sijil layak menduduki (CF)  yang diperolehi pada Oktober 2013 bagi Tower A dan April 2014 untuk Tower B.

Difahamkan kerajaan negeri turut melanjutkan moratorium pada penjualan berikutnya unit pangsapuri tersebut kepada 10 tahun daripada pembelian utama.

Terdapat satu kes di mana mereka menjumpai dua kereta dan tiga motosikal menggunakan nombor plat kenderaan yang sama.

“Ketiga-tiga motosikal sahaja bernilai lebih RM237,000," katanya.

Huan berkata beliau turut terkejut apabila kebanyakan unit kediaman tersebut boleh disewa atau dijual dalam pelbagai portal hartanah dalam talian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana