Inilah dikatakan Biadap dan Tak menghormati NEgara Yang DIlawatinya

Orang macam ini wajib dikenakan hukum yang setimpal dengan apa yang dilakukannya itu. Bodoh atau saja saja nak memalukan Malaysia di Mata Dunia.Lihatlah caranya itu...seperti dibuat buat saja.

SEPANG: Sekumpulan penonton warga asing ditahan polis di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kerana melucutkan seluar untuk menunjukkan seluar dalam yang tertera lambang bendera Malaysia.

Kesemua sembilan lelaki tersebut dipercayai rakyat Australia, berbuat demikian di hadapan penonton ketika perlumbaan Formula Satu Grand Prix pada Ahad.

Mereka ditahan atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dan menghina bendera negara.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, hasil ujian alkohol mendapati kesemua suspek bertindak sedemikian akibat mabuk.

"Semua rakyat asing itu akan ditahan sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana