Inilah Cara Pembangkang Kerjanya 24 Jam Nak Berpolitik...Asik Nak Salahkan UMNO Dan BN

Sampai hati Kerajaan Selangor membiarkan kudrat anak muda ini dibebani perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Kemudahan air terawat yang sepatutnya remaja ini perolehi dinafikan dan diabaikan kerana kecuaian pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di bawah PKR.

MB nya iaitu Azmin Ali yang sentiasa main politik untuk kepentingan peribadi dan kroni tidak mengendahkan kebersihan air malah membiarkan sungai yang berada di sekitar Selangor terutamanya Sungai Semenyih terus menerus tercemar dan membawa kemudharatan kepada penggunanya.

Pencemaran sisa toksik daripada hasil buangan dan kumbahan kilang yang tidak terkawal mengakibatkan sungai Selangor sentiasa tercemar dan terancam habitatnya.

Dimana penguatkuasaan dan kerja kerja pemantauan? Adakah para petugas dan pihak badan berwajib hanya tunggu dan lihat setiap laporan yang mereka terima?

Sepatutnya mereka lebih peka dalam hal ini. Bukan sekali malah banyak kali peristiwa pencemaran air pusat takungan akibat air yang diambil berpunca dari air sungai yang sememangnya tercemar.

Ini belum lagi diungkit mengenai krisis air pada musim kemarau. Adakah projek pembinaan Loji Langat 2 sudah ada perkembangan terbaru atau atau masih diperingkat perbincangan lagi?

Inilah akibatnya bila menang sorak rumah tergadai. Tergadai dari wang ringgit, masa dan tenaga kerana terpaksa mengangkut air yang dibekalkan walaupun secara percuma ke rumah mereka tetapi ianya hanya menyakitkan hati dan menyusahkan penduduk dan rakyat di Selangor.

Berubahlah kepada kerajaan Selangor yang lebih baik untuk memberikan peluang kepada Barisan Nasional untuk memerintah Selangor semula. Mungkin segala permasalahan akan selesai dan segala projek yang tergendala sebelum ini akan dapat diselesaikan dengan segera.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana