Ini dia parti Shafie Apdal…

Nama parti yang akan diketuai Datuk Seri Shafie Apdal di sabah ialah Parti Warisan Sabah (PWS).

Nama asal parti itu ialah Parti Pembangunan Warisan Sabah (PPWS).Ia ditubuhkan pada 2013.

Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan pertukaran nama parti itu,logo baharu kapal layar dan serta sedikit pindaan kepada perlembagaannya.

Shafie beritahu demikian selepas adakan pertemuan dengan ROS di Putrajaya pagi Isnin.

Beliau ialah Presiden parti PWS, Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking  Timbalan Presiden.

Tiga Naib Presiden Warisan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong; ADUN Likas, Junz Wong dan Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia, Peter Anthony.

Pada 22 September lalu, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna itu mengesahkan beliau telah mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.

Ketika itu beliau tidak mahu menyebut nama parti berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana