Ini cerita sebenar kes video kononnya polis dipukul SPRM...

Pemuda berpakaian t-shirt hitam dengan huruf "PDRM" yang dipukul oleh sekumpulan lelaki menerusi video yang tersebar di laman sosial merupakan orang awam yang menyamar sebagai anggota Polis Diraja Malaysia.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM , Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian tersebut juga tidak melibatkan pihak Suruhanjaya Percegahan Rasuah (SPRM) atau mana-mana pegawainya.

"Semakan mengesahkan pemuda yang dibelasah itu pernah terlibat di dalam satu kes curi motosikal di Kuantan, Pahang pada September lalu.

"Pemuda itu ditangkap oleh orang awam di Rawang pada 5 Oktober dan diserahkan kepada pihak polis," katanya dalam satu kenyataan  hari ini.

Tambah Asmawati, penyebaran berita palsu seperti ini boleh menjejaskan hubungan baik di antara agensi dan boleh mencalarkan kredibiliti PDRM dan SPRM.

"PDRM memandang serius berita palsu sebegini kerana ia boleh menjejaskan hubungan baik PDRM dan SPRM. Ia sekaligus menghilangkan keyakinan masyarakat terhadap kedua-dua agensi berkenaan," katanya.

Beliau turut memberi nasihat kepada orang ramai untuk tidak mudak terpedaya dengan maklumat atau mesej yang diviralkan dan meminta agar tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih dan meragukan.

"Jadilah masyarakat yang berhemah dan bijak dalam menggunakan rangkaian komunikasi atau media sosial, agar tindak tanduk kita tidak mewujudkan situasi yang boleh menggusar serta menjejaskan ketenteraman awam," katanya.

Terdahulu, SPRM turut menafikan bahawa pegawainya terlibat di dalam klip video yang memaparkan seorang individu dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Video berdurasi 39 saat yang dipercayai berlaku di stesen minyak itu tersebar di laman sosial kononnya ia melibatkan kes penahanan anggota polis oleh pegawai SPRM di Johor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana