INI BUKTI RAKYAT NEGERI GUAN ENG TOLAK BERSIH 5


JIKA sebelum ini mungkin pihak Bersih 5 menggunakan alasan bahawa siri kempen mereka asyik “diganggu” oleh Kumpulan Baju Merah sehingga menyebabkan tidak dapat sambutan, tetapi kini apa pula alasan mereka mahu diberikan?
Semalam bertempat di Dewan Sungai Tua, Pulau Pinang, penganjur Bersih 5 telah mengadakan Jelajah Bersih 5 Peringkat Negeri Pulau Pinang. Iaitu negeri yang dikuasai “tokong” mereka dari DAP.

Logiknya, apa-apa program yang diadakan di tempat “big boss” mestilah akan menghimpunkan penyokong yang melimpah ruah hingga ke luar dewan.

Namun ia sebaliknya berlaku terhadap program berkenaan apabila lensa sahabat kami mendapati hanya beberapa orang sahaja yang hadir untuk mendengar para pemimpin mereka berucap di atas pentas tersebut.
Dek kerana tidak mendapat sambutan, program yang pada asalnya dijadualkan bermula pada jam 8 malam terpaksa ditunda lebih dari sejam. Kununnya mahu menunggu para penyokong mereka hadir memenuhkan dewan yang kecil itu.

Bagaimanapun pihak penganjur malu besar apabila selepas sejam, hanya beberapa orang sahaja yang hadir. Itupun diramaikan oleh beberapa “videoman” dan wartawan yang turut sama hadir bagi membuat liputan.

Pemimpin kanan Pakatan Harapan yang hadir adalah Presiden PAN, Mohamad Sabu turut terpaksa hadir lambat kerana dikejutkan oleh kehadiran penyokong yang terlalu kecil jumlahnya.

Walaupun publisiti telah diadakan lama sebelum program berlangsung dan diwar-warkan dengan kehadiran Mat Sabu, Mariah Chin, Hishamudin Rais dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, namun jumlah pendengar ceramah berkenaan menghampiri sama banyak dengan jumlah “tripod” perakam video yang ada pada malam itu.

Maka ini adalah bukti kukuh bahawa gerakan Bersih 5 sudah tidak diterima rakyat umum termasuklah daripada para penyokong mereka sendiri.

Lebih mengukuhkan lagi hujah ini adalah rakyat di negeri mereka sendiri (Pulau Pinang – DAP) sudah mula menolak Bersih 5 yang bakal diadakan.

Jika ada selepas ini sekumpulan ramai yang dikatakan sebagai penyokong Bersih 5, tak mustahil itu hanyalah kumpulan rakyat yang “berbayar” untuk menunjukkan sokongan kepada mereka.

Hakikatnya, Bersih 5 sudah tidak mendapat tempat di hati rakyat Malaysia lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana