Husan Kena Taruk Kaw kaw!!!!! Cara Husam 'pegang' amanat Nik Aziz beku, jumud - Khairuddin Aman

KUALA LUMPUR: Cara ADUN Salor, Datuk Husam Musa 'memegang' amanat bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung penyertaan PAS dalam himpunan BERSIH 5, adalah beku dan jumud.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata keputusan untuk menyertai BERSIH bukan dibuat secara bersendirian oleh Allahyarham Nik Aziz tetapi ia diputuskan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, bergantung kepada matlamat himpunan itu dianjurkan.

"Saya rasa dia (Husam) tidak faham kaedah. Amanat setiap benda ini berdasarkan kepada apa yang berlaku pada hari ini. Satu benda boleh berubah pada faktor keadaan dan suasana dan juga matlamat. Jadi kalau memegang kepada amanat (Allahyarham Datuk Seri) Nik Aziz secara yang seumpama itu itu beku dan jumud namanya, saya fikir ia salah," katanya kepada Antarapos di lobi Parlimen hari ini.

Malah ujar Khairuddin, Husam tidak boleh mengguna hujah lama untuk dibahaskan dengan isu semasa yang berlaku pada hari ini, terutama sekali apabila objektif himpunan BERSIH 5 itu sendiri sudah berubah-ubah.

"Dulu kita memutuskan untuk hadir BERSIH bukan pandangan (Allahyarham Datuk Seri) Nik Aziz, BERSIH sebelum ini kita hadir dan kita sertai. Yang terbaru kita tidak akan hadir, itu keputusan kita.

"Keputusan bukan berdasarkan kepada seseorang, ia keputusan peringkat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang terakhir ialah kami tidak menyertai BERSIH yang terakhir dan kelima. Itu keputusan kita, BERSIH dulu adakah sama dengan BERSIH sekarang? Selepas kita tidak bersama Pakatan Rakyat. Itu isu yang kena kita faham," ujarnya.

Husam yang kini bersama Amanah berkata bekas menteri besar Kelantan itu semasa hayatnya mengarahkan semua ahli PAS agar menyertai himpunan BERSIH.

Kenyataan itu dikeluarkan ADUN Salor itu setelah PAS enggan untuk menyertai himpunan berkenaan selepas mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

PAS sejak memutuskan hubungan dengan DAP, berkeputusan tidak menyertai himpunan BERSIH 4.

Natijahnya bukan hanya BERSIH malah himpunan lain yang dianjurkan pembangkang tidak mendapat sambutan dan berakhir dengan hambar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana