Huazong tidak galak ahli sertai Bersih 5.0

Gabungan Pertubuhan Cina (Huazong) tidak menggalakkan ahlinya menyertai perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 November akan datang bagi mengelakkan ketegangan dalam hubungan kaum.

Katanya, semua perkara boleh diselesaikan dengan rundingan atau cara yang aman seperti melalui kempen tandatangan yang dijalankan Persekutuan Hokkien untuk menentang pelaksanaan hukum hudud.

Yin Huah berkata, walaupun tidak menggalakkan, Huazong juga tidak menghalang ahli untuk menyertai perhimpunan itu atas kapasiti persendirian.

Dalam pada itu, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Pas telah mengeluarkan larangan untuk ahli-ahli untuk menyertai perhimpunan Bersih 5.0.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ahlinya dilarang menggunakan nama Pas ketika menyertai perhimpunan Bersih 5.0.

Menurutnya, perhimpunan Bersih sejak edisi 4.0 telah menyimpang daripada matlamat asalnya sehingga ramai peserta menghina pemimpin Melayu

"Kami menggunakan cara lain untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap BN," katanya kepada China Press.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Anuar Musa pula berkata, ahli parti boleh menggunakan identiti peribadi untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penganjuran Bersih 5.0, tetapi UMNO juga tidak akan menyokong ahli yang melakukan perbuatan melampau.

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon pula berkata, partinya tidak menghalang ahli untuk menyertai Bersih 5.0 selagi ia bukan atas kapasiti MCA.

Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng berkata, partinya tidak menggalakkan ahli menyertai perhimpunan 'baju kuning' atau 'baju merah'.

"Pendirian parti adalah jelas, kami tidak menyokong kedua-dua belah pihak," katanya.

Ketika-tiga parti dalam Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara bagaimanapun menyatakan bahawa mereka akan merekrut ahli dan pemimpin untuk menyertai Bersih 5.0.

Turut menyatakan sokongan kepada Bersih 5.0 ialah Parti Pribumi Bersatu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana