Himpunan Bebas Anwar kurang dapat sambutan penyokong

PUTRAJAYA: Keadaan di Mahkamah Persekutuan hari ini hambar dan gagal mendapat sambutan terhadap usaha terakhir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam permohonan semakan terhadap pertuduhan liwat beliau.

Setakat jam 10.20 pagi tadi, kira-kira 300 penyokong Himpunan Bebas Anwar hadir sebagai tanda memberi sokongan.
 
Malah kelibat pemimpin PKR dan pembangkang juga tidak ramai yang kelihatan.

Antara yang hadir adalah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir.

Tidak seperti himpunan terdahulu, kehadiran peserta tidak memenuhi seluruh perkarangan mahkamah.

Selain ucapan daripada pemimpin, mereka juga turut mengadakan solat hajat yang diketuai Dr Badrul Amin untuk memohon pembebasan Anwar.

Sementara itu, bekas ADUN Pandamaran, Ronnie Liu cuba membuat kecoh selepas tidak dibenarkan oleh anggota polis untuk memasuki Istana Kehakiman kerana tidak mempunyai pas.

Hari ini mahkamah tertinggi negara mendengar permohonan semakan Anwar dalam usaha terakhirnya untuk mengetepikan keputusan panel terdahulu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.

Pada 10 Februari tahun lalu, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria menolak rayuan Anwar agar dia dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat Mohd. Saiful, 31, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan tersebut manakala Mahkamah Rayuan mensabitkannya dan menjatuhkan  hukuman penjara lima tahun pada 7 Mac 2014.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana