Halatuju PAS Dibawah Hashim Jasin

SESIAPA yang faham dengan struktur organisasi PAS, pasti sedar betapa besarnya pengaruh Mursyidul Am dalam menentukan hala tuju parti tersebut.  Sekalipun ada Muktamar dimana pemilihan jawatan tertentu dibuat, yang masih berkuasa penuh masih lagi Majlis Syura Ulama yang diketuai Mursyidul Am ini.

Perkara ini disebut secara jelas dalam perlembagaan PAS.

Jadi tidak hairan kenapa perlantikan Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS yang baru, menimbulkan beberapa persoalan mengenai hala tuju PAS selepas ini.  Sebelum ini, persoalan sama tidak timbul kerana arwah Harun Din adalah Timbalan kepada arwah Nik Aziz buat satu masa yang agak lama, jadi sudah tentulah dalam banyak hal, mereka adalah sama.

Berbanding sekarang dimana Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yaakob menolak dari dilantik ke jawatan tersebut sehingga membawa kepada pemilihan Hashim Jasin – yang juga bukanlah kelibat asing dalam Majlis Syura Ulama.

Tapi perlantikannya masih mengejutkan banyak pihak.

Yang dicari sekarang, apakah pendirian Hashim Jasin mengenai kedudukan PAS di kalangan parti-parti pembangkang, kewujudan PAN, kerjasama dengan DAP dan parti yang ditubuhkan Mahathir, Pribumi.  Atau mungkin ada kajian semula hubungan PAS dengan PKR – yang diibarat seperti lelaki biseksual, semua pun dia boleh?

Walaupun Hashim dalam kenyataan awalnya setelah dilantik, berjanji untuk meneruskan dasar-dasar PAS seperti mana yang dilaksanakan dibawah Nik Aziz dan Harun Din sebelum ini tapi dalam politik, apa saja berkemungkinan.  Sebelum ini pun dah pernah berlaku dan tidak mustahil ia akan  berulang.

Apa pun keputusan Hashim Jasin dan Majlis Syura Ulama yang dipimpinnya selepas ini, akan memberi impak yang besar kepada kedudukan parti-parti pembangkang dalam PRU14 yang akan datang.  Semua orang tahu Mahathir sedang berusaha mengelakkan pertandingan 3 penjuru tapi DAP dan serpihan PAS yang diwujudkannya, PAN, menjadi penghalang terbesar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana