Halang Bersih 5 ceroboh Dataran Merdeka - Pemuda UMNO

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu tegas dalam memastikan Perhimpunan Bersih 5 tidak ‘menceroboh’ Dataran Merdeka dan kawasan di sekitarnya pada 19 November ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Dataran Merdeka merupakan tempat ‘keramat’ dan bersejarah yang tidak boleh ‘dicemari’ dengan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah kepada negara.

Katanya, ma­sa­nya sudah tiba untuk pihak penguat kuasa bertegas dengan kumpulan yang saban tahun seolah-olah tidak takut dengan undang-undang dan berkeras ingin melakukan perhimpunan di situ meskipun mempunyai banyak lokasi lain yang boleh dijadikan tempat berkumpul.

“Dataran Merdeka adalah kawasan atau lokasi keramat untuk negara kita dan saya sebagai Ketua Pemuda membantah sekeras-kerasnya perhimpunan itu diadakan di situ.

“Saya berharap pihak berkuasa terutamanya PDRM tidak membenarkan mana-mana pihak atau kumpulan menceroboh Dataran Merdeka demi kepentingan politik mereka,” katanya.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hatipah Ibrahim dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali.

Khairy mengulas pengumuman Pengerusi Bersih 5, Maria Chin Abdullah hari ini berkenaan pemilihan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan itu akan dijalankan pada 19 November depan.

Kali terakhir perhimpunan Bersih diadakan di Dataran Merdeka ialah pada 29 dan 30 Ogos tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana