Hadiah Penyapu....Padan Muka!!!! Desak 'bersih' diri sendiri... ini hadiah NGO kepada Guan Eng

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiahkan dua penyapu kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada Khamis untuk mendesaknya supaya membersihkan diri sendiri terlebih dahulu.

Hadiah tersebut disampaikan oleh wakil Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah di pejabat Guan Eng Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) sebagai bantahan terhadap kerajaan DAP yang menyokong perhimpunan jalanan, Bersih 5.

Aminah yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang berkata, penyapu itu simbolik bagi mengingatkan Setiausaha Agung DAP itu supaya membersihkan dirinya daripada tuduhan rasuah dan penyelewengan kuasa, sebelum memberi sokongan kepada Bersih.

“Dia (Guan Eng) perlu ‘bersihkan’ dirinya dulu, sebelum sibuk dengan Bersih 5. Selain itu, kami turut menyerahkan memorandum bantahan Bersih kepada Guan Eng,” katanya kepada media hari ini.

Penyapu dan memorandum itu kemudian diserahkan kepada Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zahar Zainul, sebelum disampaikan kepada Guan Eng.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana