Hadi akui GST berkesan cegah orang lari bayar cukai...Memang Terbaik Lah

Antara yang menarik pada sidang Dewan rakyat Selasa ialah kita dapat dengar sendiri pengakuan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang bahawa GST tidak dinafikan cara berkesan untuk cegah orang lari bayar cukai.

Beliau suarakan hal itu semasa bangun untuk tanya soalan tambahan kepada Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Ghani mengenai apakah kerajaan ada kaedah alternatif selain GST kerana dakwa ia sebabkan kadar inflasi naik.

Pada sesi soal jawab itu Johari antara lain telah menjelaskan kadar sebenarnya kadar GST di Malaysia cuma 3.6 peratus sahaja sekalipun kadar rasmi yang ditetapkan ialah 6 peratus.

Katanya perkiraan ini berdasarkan purata jika ditolak pelbagai pelepasan dan barangan yang sifar GST.

Menurutnya banyak barangan keperluan asas rakyat tidak dikenakan GST.

Johari memberitahu antara faktor kenaikan inflasi ialah sikap peniaga yang sambil lewa tidak mahu fahami kaedah GST dan ada yang ambil kesempatan naik harga.

Beliau menduga impak GST akan berkurangan pada tahun tahun mendatang bila segalanya berjalan sempurna.

Katanya kadar GST Malaysia 6 peratus masih rendah berbanding yang dikenakan di negara sekitar ASEAN lain.

Filipina kenakan kadar GST 12 peratus,Indonesia 10 peratus,Vietnam,Laos,Kemboja  10 peratus,Thailand dan Singapura 7 peratus.

Johari berkata pada sehingga 31 dis 2015  jumlah cukai GST yang dikutip kerajaan ialah sebanyak RM 27.9 bilion manakala sehingga 10 Oktober 2016 sebanyak RM 29.34 billion.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana