Guru Besar Muat Naik Video Lucah Melalui WhatsApp Diarah Tukar Sekolah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan amaran bertulis terhadap seorang guru besar di Sabah dan menukarkannya ke sekolah lain berikutan tindakannya memuat naik video lucah dalam satu kumpulan WhatsApp.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata tindakan itu telah diambil melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
"Setiap kes aduan yang statusnya berasas akan diambil tindakan sewajarnya mengikut prosedur sedia ada di Kementerian Pendidikan," katanya ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Teo mahu mengetahui tindakan yang telah diambil terhadap guru yang mewujudkan kumpulan WhatsApp dan memuat naik video lucah untuk tatapan anggota kumpulan itu.
Kamalanathan berkata hasil penyiasatan dan temu bual Pejabat Pelajaran Daerah dengan guru besar itu mendapati dia merupakan seorang daripada pentadbir dalam kumpulan WhatsApp dan bukannya individu yang mewujudkannya.
Beliau berkata guru besar terbabit turut menjelaskan bahawa kewujudan kumpulan WhatsApp itu adalah untuk perkara-perkara lain dan bukannya berkaitan dengan pedagogi (pengajaran) dan pendidikan.
"Guru besar itu telah mengakui kesilapannya dan telah pun keluar daripada kumpulan WhatsApp itu, tapi sekiranya berlaku lagi tindakan lebih berat akan diambil," kata Kamalanathan.
Beliau berkata, pada masa sama, Kementerian Pendidikan juga tidak menolak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana guru lain yang terlibat sekiranya menjejaskan bidang pendidikan dan hal ehwal pelajar. -- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana