GST: Waspada 'temberang' PH, kata Johari

SHAH ALAM: Walaupun Pakatan Harapan (PH) mencadangkan penambahbaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 'berkadar sifar', ia bermakna gabungan itu tetap mengaku akan keperluan sistem percukaian berkenaan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani.
 
"Mereka cakap sifar GST. Bermakna pertama, mereka mengaku perlu GST tetapi sifar. Bererti kalau mereka menang, mereka akan naikkan GST. 
 
"Kedua, kalau sifar GST, mereka sudah kehilangan RM38 bilion. Kalau GST sifar, mereka hendak dapat duit dari mana," katanya dipetik Utusan Malaysia.
 
PH pada Rabu lalu membentangkan Belanjawan Alternatif, yang mengenengahkan antaranya pengurangan kebergantungan terhadap GST, potongan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM), menangani rasuah dan perkhidmatan serta peluang yang sama untuk semua rakyat Malaysia.
 
Dalam reaksinya sebelum ini, Johari menyifatkan bajet pembangkang tidak realistik dan bersifat populis.
 
Ujarnya, cadangan pembangkang termasuk penambahbaikan GST 'berkadar sifar' akan menyebabkan negara kehilangan sumber pendapatan dan berdepan dengan krisis ekonomi.
 
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, pelaksanaan GST membolehkan kerajaan mengutip hasil berjumlah RM 38bilion walaupun dengan pengecualian terhadap pelbagai barangan. 
 
"Sekarang GST kita enam peratus, dengan pelbagai pengecualian kepda lebih 9,000 barangan, kita dapat RM38 bilion. 
 
"Kalau mereka sifarkan yang enam peratus itu, mereka hendak dapatkan RM38 bilion dari mana?," tempelak beliau. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana