Gerakan Baju Merah akan berdepan kumpulan BERSIH 5.0

Gerakan Baju Merah akan berdepan menentang gerakan perhimpunan BERSIH 5 yang bakal diadakan pada November nanti.

Jamal PWTC 3Kata Penganjurnya, Datuk Jamal Md Yunos, beliau bersama gabungan persatuan lain tidak gentar berdepan perhimpunan BERSIH itu kerana yakin ia tidak akan mendapat sambutan seperti Perhimpunan BERSIH sebelum ini.

“Kami bersedia berhadapan dengan mereka pada waktu dan tempat yang sama. Kalau betul berani tak payah sembunyi tarikh apa nak buat, tak perlu ada kejutan, terus cakap dimana, kita akan berada di situ.

“Gerakan Merah akan bersama lapisan NGO terdiri daripada Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak, kita semua akan bersatu menentang kebiadapan gerakan himpunan Bersih 5,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Maria sebelum ini memaklumkan gerakan perhimpunan BERSIH 5 bakal diadakan bulan November ini.

Katanya, perhimpunan itu bertujuan memberi tekanan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap ‘Malaysian Official 1’ yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk merampas aset didakwa dibeli dengan dana diseleweng daripada 1MDB, pada Julai lalu.

Tambah Maria lagi, tunjuk perasaan bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan kerana rakyat perlu membuat pendirian tegas terhadap apa yang dianggapnya sebagai “rasuah besar dan mengkhianati kepercayaan”.

“Bagi saya Maria Chin adalah betina yang tidak waras, sebab apa saya kata betina? Sebab kalau wanita dia tak berkelakuan seperti itu. Dia sama macam anjing betina baru lepas beranak.

“Walaupun dia di hadapan menjadi tukang karut, tapi dibelakangnya adalah Pakatan Haram jadah itu, saya sangat yakin beliau tidak mampu buat himpunan Bersih 5 lebih hebat daripada sebelumnya.

“Mereka ini kumpulan dayus yang tidak bertanggungjawab, hanya pandai putar belit dan tipu rakyat, tidak ada kebaikan himpunan BERSIH,” tambah Jamal.

Justeru, beliau berharap agar rakyat tidak mudah ditipu dengan golongan tersebut kerana Perdana Menteri mahupun kerajaan tidak mampu ditumbangkang meskipun perhimpunan BERSIH diadakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana