GAUM BERGABUNG DENGAN HIMPUNAN MERAH LAWAN BERSIH 5

Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) akan bersatu dengan Gabungan Baju Merah bagi menentang BERSIH 5 yang akan mengadakan demonstrasi pada 19 November ini.

Menurut Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar perkara itu akan dibincangkan bersama Pengerusi Gabungan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos dalam masa yang terdekat.

“Sudah tiba masanya rakyat ditonjolkan dengan budaya demokrasi di mana setiap rakyat Malaysia berhak dan seharusnya dibenarkan untuk bersuara bagi menyuarakan pandangan mereka terhadap sesuatu isu secara terbuka dan tanpa ada apa apa halangan.

“Kami juga akan cuba berbincang dengan Dato’ Jamal Pengerusi Gabungan Baju Merah untuk bersatu dan bergabung tenaga bagi menjayakan Himpunan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Zulkarnain, GAUM bersama dengan rakan gabungan badan bukan kerajaan lain dijangka akan menurunkan ahli pada hari perhimpunan tersebut seramai 3 ribu orang.

Perancangan awal program ini adalah untuk berarak bersama sama dengan baju kuning bermula di beberapa tempat di antaranya di hadapan bangunan Sogo dan seterusnya bergerak ke Dataran Merdeka.

“Kami berjanji akan berarak secara aman dan turut berharap agar peserta BERSIH sudi berjalan bersama-sama dengan kami semasa perhimpunan tersebut. Kami juga turut berharap aga provokasi yang melampau tidak akan berlaku pada masa perhimpunan tersebut diadakan,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata Himpunan Rakyat Bersatu ini lebih tertumpu kepada desakan meminta agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri mohamed Azmin Ali untuk berundur dari jawatan masing masing kerana terbabit dengan isu berkaitan rasuah.

Turut disentuh semasa perhimpunan tersebut adalah berkaitan isu perkampungan bumiputera yang telah dirobohkan di Penang, isu air di Selangor serta tempat berniaga bumiputera yang dirobohkan.

“Kami berpandangan sudah tiba masa untuk rakyat menilai dan mengetahui bahawa apa yang diperjuangkan oleh BERSIH sebelum ini adalah seperti peribahasa melayu cakap tidak serupa bikin, sepatutnya untuk keadilan mereka juga mesti mendesak agar Azmin Ali meletakkan jawatan kerana isu yang membabitkan rasuah wang dan wanita seperti yang didakwa secara rasmi oleh Rafizi Ramli.

“Justeru perhimpunan ini dibuat bermatlamatkan agar keadilan di Malaysia ditegakkan dan didaulatkan,” ujarnya. -BNBBC

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana