Garis panduan bahasa lebih ketat untuk jalan, taman dan premis

Bagi mengelakkan kesalahan penggunaan bahasa di papan tanda, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperketatkan serta mengemaskini garis panduan dalam urusan kelulusan nama.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta untuk meluluskan senarai nama kawasan perumahan termasuk nama jalan dan taman, gedung niaga serta pusat pelancongan bersesuaian dengan negara ini yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Menurut Noh, isu yang pernah dibangkitkan olehnya pada 1987 ketika beliau menjadi wakil pelajar Kelab UMNO Luar Negara pada Perhimpunan Agung UMNO lalu, tidak boleh dipandang ringan bagi mengelakkan penyalahgunaan bahasa pada bangunan serta papan tanda penunjuk arah.

"Kini, apabila sudah menjadi menteri di KPKT dan isu ini berbangkit semula, saya harus mengambil tindakan serius dan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam membanteras hal ini.

"Dari segi kementerian, kita mungkin beri garis panduan yang lebih ketat. Namun perlu diingat, kelulusan nama berkenaan bukan bawah tanggungjawab kementerian dan PBT semata-mata, sebaliknya kerajaan negeri turut memainkan peranan.

"Itu rakyat kena faham, ada kuasa di bawah kementerian saya dan ada kuasa di bawah kerajaan negeri iaitu melalui PBT," katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi 'Townhall' Pelan Induk Kesejahteraan Rakyat di Bandar: Aspirasi Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kekecewaan yang dilahirkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah terhadap  syarikat besar diterajui Melayu yang semakin meminggirkan bahasa kebangsaan, sehingga bahasa Melayu hilang nilai komersil.

Sultan Nazrin  turut menegur sikap pihak PBT yang tidak menghormati status bahasa kebangsaan, dengan memberi contoh nama pusat komersil dan taman perumahan yang lebih menggunakan bahasa Inggeris dan asing.

“Pada satu masa, atas dorongan semangat kemerdekaan yang memuncak, pelbagai pihak berkuasa tempatan telah menukar nama-nama jalan daripada nama tokoh-tokoh penjajah kepada para pemimpin tempatan,” katanya.

“Hari ini, perkara yang terbalik sedang berlaku, semakin banyak kawasan perumahan, taman-taman, gedung niaga dan pusat pelancongan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, dinamakan dengan bahasa Inggeris," titahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana