Gandingan muka lama, baru formula terbaik PRU 14

Gandingan muka lama dan baru yang membentuk kebersamaan di dalam UMNO dilihat formula terbaik bagi membantu parti mencapai kejayaan lebih cemerlang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, di dalam UMNO terdapat ramai golongan muda yang berpontesi dan mereka perlu diberi ruang untuk bersama golongan berpengalaman.

Bagaimanapun katanya, formula tersebut perlu mendapat sokongan pucuk pimpinan tertinggi UMNO terlebih dahulu.

“Formula ini cukup baik ke arah memberi ruang kepada orang muda supaya berganding dengan mereka yang berpengalaman. Golongan muda juga boleh memberi sokongan kepada pemimpin sedia ada seterusnya memantapkan lagi parti.

“Namun orang muda ini mesti mempunyai kesungguhan dan diterima oleh parti, akar umbi dan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen UMNO Kelantan 2016 yang bertemakan ‘PRU-14 Kelantan Milik BN’ di salah sebuah hotel di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh; seluruh Ketua UMNO Bahagian serta lebih 2,000 perwakilan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment