Gambar Siri Jelajah BERSIH DI Penang Tiada Sambutan....





Awal malam semalam, gerakan BERSIH 5 mula melakukan jelajah BERSIH 5 mereka di Dewan Sungai Tua, Pulau Pinang setelah Lim Guan Eng secara rasminya merasmikan jelajah BERSIH 5 di Pulau Pinang, beberapa hari lalu. Acara yang dijangka dihadiri oleh beberapa pemimpin utama pembangkang diadakan pada jam 8 malam tadi.

Namun, apa yang dirancang oleh pihak penganjur BERSIH, rupanya jauh meleset sama sekali. Acara yang sepatutnya bermula jam 8 malam, terpaksa ditangguhkan hampir sejam akibat kurang mendapat sambutan. Malah, tetamu utama jelajah ini, Presiden PAN, Mat Sabu hanya tiba ke majlis ini pada jam 9.15 malam

Sebelum ini, pihak penganjur mengwar-warkan kehadiran beberapa pemimpin utama pembangkang seperti Maria Chin, wakil pemimpin DAP, Datuk Seri Mukhriz dan ramai lagi untuk memberi ceramah tentang perlunya mengadakan himpunan BERSIH 5 pada 19 November nanti.

Namun, apa yang disaksikan, lebih banyak nyamuk dan lalat yang datang daripada kehadiran penyokong BERSIH ini. Dianggarkan kira-kira 70 orang sahaja yang hadir bagi mendengar celoteh Mat Sabu, Hishamudn Rais dan beberapa penceramah yang tidak tahu dari mana datangnya.

Jelas sekali, tanpa gangguan daripada gerakan Baju Merah sekalipun, jelajah BERSIH yang dirangka oleh Maria Chin dan BERSIH boleh disifatkan sebagai gagal. Ianya jelas menunjukkan, gerakan ini semakin ditolak oleh orang ramai. Rakyat Malaysia kini sedar, tiada gunanya berhimpun untuk menuntut sesuatu yang boleh mereka laksanakan pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana