Gambar Pelajar “Balaci” Pembangkang Terkilan Arul Kanda Dapat Jelaskan Isu 1MDB




KITA tahu bahawa segelintir pelajar telah dijadikan “alat” untuk menghasut para pelajar yang lain untuk membenci pihak kerajaan dengan mengunakan isu yang direka oleh pakatan harapan.

Kemunculan Presiden yang juga ketua pegawai eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy secara peribadi telah menjelaskan berkenaan isu dana tersebut yang sengaja dijadikan “kambing hitam” oleh pihak pembangkang kepada para pelajar di Universiti Malaya malam tadi. Ianya sekaligus telah mengagalkan modus operandi jahat pembangkang di kampus tersebut.

Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) yang jelas berpaksikan pembangkang cuba mengkritik ceramah ‘1MDB dan hal ehwal semasa’ di Universiti Malaya malam tadi. Mereka sifatkan itu sebagai sesi ‘cuci otak’.

Dengan kata lain, segala fitnah yang telah ditaburkan oleh kumpulan tersebut sebelum ini telah dijawab dengan jelas dan padat oleh Arul Kanda sehingga para pelajar tidak ada sebarang kesangsian lagi terhadap ketelusan dan kewibawaan kerajaan.

Presiden Umany, Ho Chi Yang masih cuba mempertahankan fitnah jahat pembangkang dengan menuduh Arul Kanda memutar belitkan fakta mengenai 1MDB sehingga mengelirukan pelajar sedangkan selama ini, sebenarnya mereka yang berbuat demikian.

Malah Ho Chi Yang turut menuduh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar UM bersekongkol dengan Umno untuk membersihkan minda pelajar. Beliau berkata, program yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) adalah berat sebelah dengan tidak menjemput Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang mengikuti skandal 1MDB dengan teliti.

Kita amat maklum bahawa Tony Pua dan Rafizi adalah jentera pembangkang untuk menabur fitnah dan sehingga ke hari ini, kedua-dua mereka ini gagal mematahkan sebarang kenyataan Arul Kanda.

Dalam sesi penerangan tersebut, Arul Kanda menjelaskan bahawa 1MDB kini dalam kedudukan yang stabil kerana tidak lagi mempunyai sebarang hutang jangka pendek atau pinjaman bank, dan mempunyai tunai AS$2 bilion selepas menjual Edra Global Energy Bhd.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa Edra dijual pada kerugian dan akan mengkompromikan kepentingan negara kerana dijual kepada sebuah syarikat milik negara China.

Menurut Arul lagi, tiada apa yang salah dengan mempunyai kepentingan asing dalam syarikat bekalan kuasa tempatan selagi ia dikawal selia dengan baik, dan ini juga dilakukan di negara-negara seperti di Singapura dan United Kingdom.

Kami ingin mendesak agar pihak Universiti Malaya mengambil tindakan terhadap Presiden Umany, Ho Chi yang menuduh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar UM “cuci otak” pelajar dan bersekongkol dengan Umno memandangkan ianya satu tuduhan yang berniat jahat.

Sikap tidak bertanggungjawab pembangkang yang menghasut pelajar secara berterusan dilihat sebagai tindakan yang “singkat akal” dan meletakkan kepentingan politik peribadi melebihi masa depan para pelajar untuk cemerlang dalam pelajaran dan keluar berkhidmat untuk diri pelajar sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Dengan kata lain, pembangkang merosakan semua perkara dan sesiapa saja yang bersama mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana