Gambar Kepala Dipenggal IS, Sikap “Double Standard” Maria Chin Dipersoalkan

BUKAN Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah sahaja, malah hampir keseluruhan kepimpinan pembangkang termasuk yang baharu menjadi pembangkang mengamalkan sikap “double standard” apabila sesuatu perkara itu melibatkan Barisan Nasional.

Mereka berteriak mengalahkan “Tarzan” menuntut “hak” mereka diberi perhatian dan “keadilan” ketika mereka merasakan diri mereka “diusik” atau “dicuit” oleh sesiapa sahaja.

Namun ketika pemimpin kerajaan terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dianiaya, difitnah, ditohmah dan sebagainya oleh pengikut dan pemimpin mereka, tiada sebarang suara kedengaran. Mereka seolah-olah meraikan perbuatan jahat tersebut.

Maria Chin akan membuat laporan polis berikutan gambar yang diubah suai memaparkan kepalanya dipenggal kononnya sebagai mangsa kumpulan pengganas IS. Dalam perkara ini, biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan samada gambar tersebut dibuat oleh pengganas IS atau oleh kumpulan Bersih 5 sendiri. Kita perlu beri ruang secukupnya untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Cuma perkara tersebut telah mendorong Datuk Rizal Mansor pembantu kepada isteri perdana menteri itu mempersoalkan sikap pilih kasih Maria Chin dan Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang tidak bersuara terhadap pendemo BERSIH yang membuat aksi ‘mock’ kubur untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.


Ramai pihak menganggap Bersih 5 sebagai gagal apabila kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh Datuk Seri Jamal berada dimana sahaja kumpulan Bersih 5 ini cuba melakukan perhimpunan haram mereka.

Dengan kata lain, kumpulan baju Merah tidak perlu bertindak lebih dari itu dalam menangani kumpulan Baju Kuning  kerana Bersih 5 telah gagal. Tambahan pula, perhimpunan mereka yang dijangka berlangsung pada 19 November nanti turut dianggap gagal apabila PAS telah menyatakan pendirian untuk tidak bersama kumpulan pro pembangkang ini.

Jika gambar yang diubah suai memaparkan kepala Maria Chin dipenggal kononnya sebagai mangsa kumpulan pengganas IS itu cuba dijadikan alasan untuk mengekang kumpulan Baju Merah dari mengagalkan perhimpunan haram Bersih 5 maka pihak pembangkang perlu menilai semula langkah tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana