Gamat di luar mahkamah ‘sambut’ kes rasuah Guan Eng…tarikh mula bicara belum ditetapkan lagi

Suasana di luar komplek Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di Georgetown gamat pagi Jumaat ketika pengurusan kes rasuah dan salahgunakuasa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berlangsung di situ.

Ini gara-gara kumpulan sekitar lebih 100 budak-budak DAP dan kumpulan pendesak Guan Eng letak jawatan lawan memekak.

Polis telah mengadakan kawalan ketat untuk elak sebarang kejadian tidak diingini antara dua kumpulan itu.

Guan Eng tiba di mahkamah pada 9.15 pagi disertai bapanya Lim Kit Siang dan anggota keluarga lain serta para pemimpin DAP.

Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP itu berdepan dua tuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, didapati menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, untuk meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Guan Eng didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan KOMTAR di sini pada 18 Julai 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Li Khoon mempunyai hubungan dengan kerja rasmi Guan Eng.Guan Eng didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town pada 28 Julai 2015.

Bagi pertuduhan kedua itu, Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Guan Eng setakat ini menolak desakan pelbagai pihak agar letak jawatan sementara kes mahkamahnya sedang berlangsung.

Malah DAP baru-baru ini nak tunjuk power cadang adakan pilihanraya mengejut Pulau Pinang.Namun PKR menolak cadangan itu.

Turut ke mahkamah itu pagi ini ialah Phang Li Khoon yang berdepan pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng.

Asalnya hakim dijangka akan menetapkan tarikh mula bicara kes Guan Eng.

Namun,ketua pasukan peguam pembelanya,Gobind Singh Deo memberitahu wartawan pengurusan kes telah ditangguhkan ke 6 Disember ini.

Keputusan itu adalah untuk membereskan isu teknikal melibatkan dokumen kes setebal 13,000 halaman.

Maka tarikh mula bicara belum ditetapkan lagi.Ia dijangka ditetapkan sekiranya pengurusan kes pada 6 Disember ini beres

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana