Ezam keluar Umno untuk kepentingan peribadi - Lokman

SHAH ALAM: Alasan Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor yang mengaitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan rasuah sebagai sebab untuk keluar Umno, hanyalah rekaan untuk menutup hakikat sebenar tindakannya itu.

Bekas Setiausaha Pemuda Keadilan (PKR), Datuk Lokman Noor Adam berkata, Ezam bertindak untuk keluar Umno setelah merasakan kerjaya politiknya semakin malap lantaran masih gagal meyakinkan ahli parti meskipun sudah hampir lapan tahun bersama Umno.

Lokman yakin keputusan Ezam itu berdasarkan dua kebarangkalian yang boleh dipercayai, sama ada bakal menyertai bekas partinya, PKR, ataupun parti baru pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malayia (PPBM).  

"Maklumat dalaman yang saya terima daripada kawan-kawan saya dalam PKR, dia telah adakan perjumpaan dengan orang yang rapat dengan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah dan juga Nurul Izzah.

"Wan Azizah dan Nurul Izzah memang berseteru dengan (Datuk Seri) Azmin Ali, mereka anggap Azmin hari ini sebagai pencabar. Dan Azmin sekarang pun sudah sebaris dengan Tun Mahathir. Jadi untuk mengimbangi (pengaruh) Azmin ini, Wan Azizah dan Nurul Izzah merancang nak bawa masuk Ezam, dan mereka sudah pun mengadakan pertemuan," kata beliau kepada Antarapos.

Lokman yang kini Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dalam pada itu tidak menolak kebarangkalian terdapat kemungkinan untuk Ezam menyertai PPBM.

Bagaimanapun tambahnya, tindakan keluar parti oleh Ezam itu langsung tidak menjejaskan Umno, malah ujarnya, ianya sangat bertepatan sementelah bekas senator itu bukanlah aset kepada parti atau kerajaan.

"Masa dia jadi senator pun tak menyerlah, sewaktu menjadi Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan pun dia tak menyumbang. Sepatutnya dia gunakan peluang yang diberikan Datuk Seri Najib itu untuk membuktikan keinsafan dan taat setia kepada parti, tapi nampaknya dia memang gagal," kata beliau.

Malah kata Lokman, mana-mana parti yang menerima Ezam selepas ini disifatkan beliau sebagai parti yang tidak cerdik kerana mengambil seseorang yang tiada prinsip dan berkepentingan peribadi.

"Hanya parti yang tidak cerdik saja kerana ambil orang yang bermasalah macam ini. Pertama, dia orang yang tak boleh dipercayai, keduanya, saya pernah dedahkan pada 2004 mengenai sumbangan yang diterima, dana politik dari luar negara yang diterima, tentang masalah moralnya.

"Tapi dengan masalah ini orang masih letakkan dia sebagai pemimpin parti sama ada 'Bunga' (PPBM) atau PKR, saya rasa baguslah sebab bila dia di pentas pembangkang, saya ada banyak peluru untuk berhadapan dengan beliau," katanya lagi.

Ezam semalam mengumumkan untuk keluar Umno selepas  mendakwa parti itu tidak lagi serius dalam perjuangan menentang rasuah.

Ezam menyertai Umno pada 2008, selepas setahun mengumumkan keluar dari PKR.

Beliau dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada Mei 2010.

Beliau turut diberikan jawatan Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan pada 2014, namun meletakkan jawatan berkenaan pada April lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana