Dulu Kini Dan Selama Lamanya...UMNO TEtap DIhati Rakyat

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Keahlian UMNO bertambah sebanyak 6,000 pada bulan Ogos sahaja, menunjukkan parti itu masih mendapat sambutan daripada rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri, yang juga Presiden UMNO, berkata jumlah tersebut merangkumi anggota biasa sebanyak 374, Pergerakan Wanita (731), Pemuda (2,716) dan 2,179 anggota baharu sayap Puteri.

"Saya sebut perkara ini kerana ada parti yang mendapat 30 ahli sahaja tetapi dikeluarkan muka depan surat khabar, jadi saya hendak beritahu UMNO dapat 6,000 keahlian pada Ogos tetapi tidak keluar muka depan surat khabar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato' Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Najib berkata jumlah itu juga menunjukkan UMNO masih menjadi pilihan rakyat terutama generasi muda.

Malah, katanya, kejayaan Pro-Aspirasi di 12 universiti awam pada pilihan raya kampus sebelum ini menunjukkan dasar-dasar kerajaan tetap diterima golongan berkenaan.

"Ini satu perkhabaran yang positif bahawa dasar-dasar kerajaan tetap diterima generasi muda asalkan kita diberi peluang untuk menjelaskan dan mengadakan keterlibatan dengan generasi muda," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan berlangsung pada 1 hingga 3 Dis depan.

Katanya sebelum itu, sesi taklimat Presiden dijangka diadakan pada 29 Nov diikuti dengan majlis perasmian persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pada sebelah malamnya.

Katanya persidangan serentak ketiga-tiga sayap parti itu akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku naib presiden yang menjalankan tugas sebagai timbalan presiden parti.

Persidangan ketiga-tiga sayap parti itu akan berlangsung pada 30 Nov, katanya.

Sementara itu, Najib berkata pada mesyuarat itu, anggota MT mahu supaya patrti itu merumuskan cadangan balas kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Katanya Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan menyelaraskan perkara tersebut di peringkat negeri dan bahagian untuk dikemukakan kepada pihak SPR nanti.

Selain itu, katanya anggota MT juga memberikan beberapa pandangan dan cadangan berkenaan Bajet 2017, namun ia akan mengambil kira kemampuan kewangan negara.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana