Dulu Khalid masa kemarau saja tak ada air... kini Azmin tak kira musim

Pada Selasa, kira-kira 1.8 juta penduduk di empat daerah di Hulu Langat, Kuala La­ngat, Petaling dan Sepang terpaksa berdepan sekali lagi dengan gangguan bekalan air.

Semuanya gara-gara penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih untuk kali keempat.

Puncanya adalah akibat pencemaran bau yang dilakukan oleh sebuah syarikat yang beroperasi di Batu 22 1/4, Jalan Sungai Lalang, Semenyih.

Persoalan di sini ialah, sampai bila masalah pencemaran ini akan berlaku?

Penduduk tidak mahu tahu bagaimana ia akan diatasi tetapi mereka mahu melihat masalah itu selesai dan apa tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasinya.

Jika ia disebabkan oleh pencemaran, tidak adakah pihak berkuasa negeri yang menjalankan pemantauan terhadap syarikat-syarikat tersebut atau kilang-kilang haram yang beroperasi di Selangor?

Kenapa begitu kerap loji air ditutup? Itu persoalan penduduk yang sudah bengang dengan keadaan ini yang tertanya-tanya di mana tanggungjawab kerajaan negeri dalam isu air ini?

Apa yang pasti ia mencerminkan kegagalan urus tadbir sumber alam oleh kerajaan negeri Selangor.

Hakikatnya jutaan penduduk tidak peduli dengan isu sabotaj hingga mengakibatkan pencemaran, malah mereka juga tidak mahu mendengar apa-apa alasan lagi. Mereka mahu penyelesaian segera kerana air adalah keperluan asas dan utama rakyat.

Jangankan urusan harian, pesakit di hospital juga terjejas akibat ketiadaan air.

Bayangkan bomba Selangor terpaksa menggunakan lima jentera tangki air bermuatan 10,000 liter dan 20,000 liter air untuk menghantar bekalan air ke Hospital Serdang (HS) yang terputus bekalan air.

Tidak dapat digambarkan bagaimana sukarnya keadaan pesakit dan kakitangan hospital dalam berdepan dengan isu ini.

Anak anak kecil di sekolah terpaksa membawa air ke sekolah, seorang 5 liter untuk menukar pampers dan mandi. Semua kedai diserbu untuk membeli air mineral botol besar.

Satu botol besar 2 liter harga air adalah RM2.50, yang 5 liter lagi tinggi harganya. Tidak mengapa, rumah Datuk Seri Azmin Ali tidak mengalami gangguan air.

Ketika zaman pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dulu, bukannya tiada isu mengenai gangguan bekalan air tetapi ia biasanya berlaku pada musim kemarau yang menyaksikan empangan kering.

Tetapi pada zaman Azmin ini, kerap pula krisis air berlaku. Kalau dilihat kepada laporan media, rizab tunai kerajaan negeri Selangor berjumlah RM4 bilion, jadi kenapa ia tidak digunakan bagi mengatasi krisis air ini.

Sebelum ini, setiap kali berlaku krisis air, Azmin akan menuding jari kepada kerajaan pusat berhubung kelewatan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat Dua (Langat 2) disiapkan padahal projek berkenaan telah lama dicadangkan dan ia sepatutnya dimulakan pada 2010 dan siap pada 2014.

Untuk rekod, projek itu tertangguh selepas 2008 akibat keengganan kerajaan negeri mengeluarkan perintah pem­­­bangunan'

Azmin juga telah menyalahkan Khalid Ibrahim atas kelewatan projek Langat 2 kerana didakwa bertanggungjawab dalam penjualan tanah bagi membangunkan kemudahan enap cemar kepada pihak ketiga.

Mana perginya slogan ‘Peduli Rakyat’ yang sering dilaung-laungkan Azmin Ali? Sering kali apabila berlaku krisis air, jarang beliau dan exco-exconya turun padang untuk melihat krisis air yang berlaku ini.

Ada sesiapa nampak gambar Azmin tengah pandu lori air? Jika ada tolong beritahu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana