Dulu Kau Buat Pada Orang Tak APa Plak!!!!! ‘Najib terdesak untuk lemahkan semangat saya’

Masa kau pegang memerintah selama 22 tahun lamanya...lagi Kuku besi.Ingatlah tentu ada pembalasannya jugak.Nampknnya skrg Mahathir yg terdesak. Semua dilakukan tak menjadi. Ahli bersatu tidak ada sambutan dan gabungan pembangkang pun tak menjadi hanya cakap2 kosong. Takkan lah dap, pkr atau Pas nak sambut dan peluk parti bersatu dgn tangan terbuka!

SHAH ALAM - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini terdesak untuk melemahkan semangatnya.

Mahathir berkata, ini kerana bukan sahaja pengawal pengiring motosikal polis untuknya ditarik balik tetapi pegawai dan tukang masak beliau pun hendak ditukar oleh kerajaan.

"Semua kenalan saya diganggu dengan menghantar jabatan hasil dalam negeri untuk ugut terutama mereka yang berniaga. Jikalau semua cukai sudah dibayar pun cukai tambahan dikenakan," dakwanya dalam tulisan terbaharu di blognya semalam.

Beliau mendakwa perkara ini berlaku kerana mereka memilih untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Semasa menerima borang untuk jadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ada yang menyatakan mereka menerima ugutan daripada parti Umno dan Kerajaan Najib.

"Bermacam jenis ugutan dibuat termasuk tidak akan memberi BR1M, disingkir dari Umno, atau lucut jawatan dalam Kerajaan dan agensi-agensinya, tidak diberi kontrak, biasiswa tidak akan diberi dan akan ditarik balik dan sebagainya, bank akan tuntut hutang lebih awal dan akan tolak permohonan," katanya.

Namun ujarnya, kesemua ahli Bersatu yang diberi tekanan tidak pernah mengaku kalah dan akan terus menyokong perjuangan yang dibawa beliau.

“Mereka menyatakan bahawa tekanan terhadap mereka tidak akan berjaya menghalang mereka dari menyertai Bersatu. Dan mereka berusaha mendapat bumiputera lain termasuk ahli Umno supaya menyertai Bersatu," katanya.

Beliau turut mendakwa kakitangan dalam Proton ini juga disekat untuk bercakap dengan beliau dan peniaga kenalannya juga tidak dibenar mengadakan sebarang perniagaan dengan Proton.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana