DULU DAP ‘RASIS’, SEKARANG SUDAH TUKAR?

 Sejak dari mengenal erti sebenar politik di peringkat kampus, penulis sudah terbiasa mendengar segala kutukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap DAP dan para pemimpin parti itu, khususnya Lim Kit Siang.

Pelbagai kecaman dihamburkan terhadap mereka sehingga majoriti rakyat Malaysia, terutama bangsa Melayu, memang tidak dapat menerima DAP lagi. Sebut saja nama DAP mahu pun Lim Kit Siang, maka ada yang sampai ‘melompat atas meja’.

Beberapa tahun sebelum ini, di atas pentas politik, Mahathir juga pernah direkod mengutuk DAP sebagai sebuah parti rasis. Boleh cari video berkenaan di ruang internet, bersepah ditonton berkali-kali tentang kenyataan Mahathir terhadap DAP.

Tapi itu dulu, ia sudah berlalu. Kini tidak lagi. Kini DAP dilihat bagaikan ‘suci’ dan ‘mulus’. Malah Mahathir telah bertukar ‘warna’, sama seperti ‘lidah’nya mendakwa Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai ‘rasis’.

Bukan penulis bermaksud untuk membela Najib. Jauh sekali untuk menghentam Mahathir. Namun merujuk kepada kenyataan bekas Perdana Menteri itu telah membuat penulis beberapa kali menggelengkan kepala, kasihankan Mahathir.

Entah mengapa, penulis benar-benar kasihan padanya. Beliau seolah-olah sudah hilang kewarasan. Dia bagaikan sudah ‘buta’, ‘tuli’ dan ‘pekak’. Penulis enggan sifatkan dirinya sebagai ‘nyanyuk’, nanti sentap pula hati warga emas yang terlalu emas itu…

Pada pandangan penulis, sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Najib tidak pernah berlaku rasis. Beliau tidak menzalimi mana-mana kaum, jauh sekali bersikap asobiyah, perkauman atau seumpamanya. Semua kaum dilayan sama adil, sama rata.

Cuma, berpandukan Perlembagaan Persekutuan, maka sudah tentulah Perdana Menteri perlu memastikan segala hak dan keistimewaan bangsa bumiputera di negara ini terbela, dipelihara dan terlaksana, tanpa menafikan hak golongan bukan bumiputera. Itu jelas.

Tapi entah dari mana logik akalnya, Mahathir memetik ‘The Economist’ kononnya menuduh Najib sebagai rasis? Jika benar pun ada artikel sebegitu ditulis dalam ‘The Economist’, sebagai manusia yang waras, wajarkah percaya pada dakwaan sebegitu?

Mahathir dulu pun pernah dituduh dengan pelbagai tuduhan oleh media asing. Bukan sedikit yang menghentam beliau. Tapi dikala itu mungkin ramai yang masih waras berfikir dan tidak percaya pada dakwaan-dakwaan Barat itu.

Apakah Mahathir kini juga sudah bertukar kepada ‘pro-barat’? Khabarnya sudah tidak percaya lagi pada laporan media tempatan kecuali Malaysiakini. Kononya yang paling boleh dipercayai kini hanya Sarawak Report, WSJ dan media-media asing yang menulis laporan tidak benar tentang Malaysia? Benarkah?

Maaflah. Penulis tidak dapat terima kenyataan Mahathir tersebut. Pada penulis, ia bukan saja tidak logik dek akal, malah langsung tiada asas yang menyokong dakwaan sebegitu. Jika mahu serang Najib, carilah kesalahan yang benar, bukan direka-reka dan tidak logik, kan?

Jujurlah sikit dalam serangan politik, malu anak cucu tengok… -MyKMU

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana