Dr Zambry ulas dakwaan Dr Mahathir Perak boleh tumbang melalui lompat parti

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menilai dakwaan Tun Dr Mahathiur Mohamad pembangkang boleh mengambil alih kerajaan negeri Perak dan Terengganu melalui tindakan 'lompat' parti oleh wakil rakyat di negeri berkenaan hanya satu mainan politik.

Bagaimanapun, katanya, BN negeri tidak mengambil mudah dakwaan kononnya pembangkang termasuk parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan merampas Perak pada PRU14 akan datang.

Ditemui wartawan selepas satu majlis di Sungai Siput Ahad beliau menegaskan BN Perak  sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),

Malah, katanya, BN negeri telah membuat persiapan awal sebaik sahaja selesai pilihan raya umum lepas pada 2013.
"Berdasarkan pengalaman kami di Perak, kita telah bekerja dari dulu lagi kerana itu memang pendirian dan pendekatan BN negeri," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana