Dilema Dr Mahathir…yang boleh cetus 'perang besar'

Hajat dihati nak peluk mesra untuk mencapai matlamat bersama dalam politik.Tapi ada ‘ duri dalam daging ‘ yang belum beres.


Sekalipun hendak meraih kerjasama politik dengan pembangkang,Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya terus mengelak dari terjebak dengan kes liwat bos besar mereka,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam penjara.



Satu dunia melihat drama selepas 18 tahun bekas Perdana Menteri ini tampil di mahkamah pada 5 September lalu bersalam dan beri sokongan moral kepada bekas timbalannya ketika hendak mengemukan saman lawan Akta Majlis Keselamatan Negara baru ini.



Pada 12 Oktober ini mahkamah di Putrajaya akan membuat penentuan keatas permohonan semakan keputusan pada Februari 2015 yang dapati Anwar bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.



PKR dan geng mereka sudah merancang aksi biasa mereka untuk berkumpul di depan kompleks Istana Kehakiman pada hari itu.



Ditanya mengenai rancangan itu pada satu forum di Petaling Jaya Sabtu, Dr Mahathir ambil jalan selamat dengan menyatakan semua orang tertakluk di bawah undang-undang.



Baginya perhimpunan untuk tunjuk solidariti tidak harus dijadikan penentu dalam mempengaruhi penghakiman seseorang.



Beliau membangkitkan bagaimana pula kedudukan orang biasa yang tidak ada sokongan macam Anwar.



Dr Mahathir bertanya apakah cuma kerana orang itu tidak ada penyokong berkumpul menyokongnya maka keputusan mahkamah tidak adil.



 “Undang-undang harus adil kepada semua orang .Tidak harus ada diskriminasi anatra orang itu dan orang ini,”katanya.



Katanya terpulanglah kepada sesiapa yang merasa Anwar wajar dibebaskan.



Sebaliknya,katanya penentu keputusan ialah oleh mahkamah.



Isu kes liwat Anwar nampaknya terus menjadi ‘ sempadan’ dalam jalinan kerjasama antara Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dinaungi Dr Mahathir.



Bekas Perdana Menteri itu juga sebelum ini enggan beri sebarang komitmen mengenai gerakan Bebas Anwar yang dipelopori PKR.



Datuk Seri Wan Azizah Islam dan anak-anak Anwar setakat ini masih belum mahu naik satu pentas dengan Dr Mahathir kerana isu ini.



Kalau diselak balik sejarah semasa kes liwat pertama dulu kita boleh lihat bagaimana keluarga Anwar  cukup geram pada Dr Mahathir.



Penyingkiran Anwar yang kemudiannya membawa kepada gerakan reformasi telah menjadi modal pembangkang dalam kempen mereka menentang BN.



Dr Mahathir berdepan dengan macam-macam kutukan termasuk Mahafiraun dan Mahazalim sejak itu.



Kenyataan terbaru penaung PPBM ini sudah tentu akan menguris hati keluarga dan penyokong tegar Anwar.



Mereka sudah tentu mengharapkan nada Dr Mahathir akan berubah pada saat genting ini.



Pakatan Harapan mengimpikan Anwar menjadi Perdana Menteri mereka jika pembangkang menang pilihanraya nanti.



Dr Mahathir pula sudah mencadangkan nama Presiden PPBM ,Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Perbezaan jurusan ini bukan satu isu kecil .Ia menjadi bibit yang boleh membuka jalan kepada ‘ perang besar u see’.



Cuba tanya Naib Presiden PKR Tian Chua yang telah adakan sidang akhbar kelmarin ajak penyokong berkumpul di Istana Kehakiman pada 12 Okotber ini.



Apakah kaki demo itu kisah dengan ‘nasihat’ Dr Mahathir?



Kalau tak percaya tunggu 12 Oktober ini lihat apa jadi.



Tentu menarik untuk kita lihat dengan mata kepada sendiri apakah mereka peduli kepada hakikat bahawa undang-undang tertakluk samarata kepada semua orang – tak kira Anwar atau siapa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana