Dewan Rakyat : Ini Kali Pertama Muhyiddin Tersingkir Dari Blok Kerajaan Di Parlimen

Sesi sidang Dewan Rakyat kali ini akan menyasikan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berpindah tempat duduk buat kali pertama di blok pembangkang sebagai Ahli Parlimen Pagoh.

Beliau juga hadir di Parlimen sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetapi masih bergerak sendiri di dalam dewan kerana belum diterima secara rasmi sebagai rakan dalam Pakatan Harapan.

Sesi perbahasan dijangka hangat dan tegang dengan pelbagai isu hangat bakal diperdebatkan.

Antaranya, langkah persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Dalam soal persempadanan semula ini, pastinya Muhyiddin akan terlibat dalam perbahasan dan ia akan menunjukkan kredibiliti beliau di dalam Parlimen di pihak pembangkang.

Ketika di pihak kerajaan, Muhyiddin tidaklah terlalu hebat berbanding wakil rakyat Barisan Nasional (BN) lain yang aktif mempertahankan kerajaan.

Pada sidang kali ini, Muhyiddin dipindah dan duduk di sebelah Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Perhatian juga akan tertumpu kepada usul Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dibentangkan pada Mei lalu, bagi meminta Akta 355.

Pindaan itu bertujuan memberikan kuasa lebih kepada mahkamah syariah membicarakan kesalahan jenayah melibatkan orang Islam dan menjatuhkan hukuman lebih berat. Ia dikatakan permulaan usaha PAS memperkenalkan hukum hudud di Kelantan.

Mesyuarat kali ini juga akan menyaksikan RUU mengenai pertukaran agama, dalam usaha menghindari perebutan hak penjagaan melibatkan pasangan berlainan agama, salah satu daripada mereka Islam.

Selain Muhyiddin, Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga berpindah tempat di blok pembangkang tetapi beliau tidak sekumpulan dengan Muhyiddin di dalam PPBM sebaliknya dengan parti baru di Sabah dikenali Parti Warisan Sabah.

Hari ini baru, beliau mendedahkan nama parti selepas merahsiakannya ketika menyerahkan butiran permohonan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum ini.

Difahamkan, Mohd Shafie mengambil alih sebuah parti yang sudah sedia ada di Sabah dan kemudian menjenamakannya semula serta memimpinnya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana