Deklarasi: Dr Mahathir Akui Gagal Yakinkan Agong...Kalau Dah Tahu Tak Ikut Perlembagaan Kenapa Buat Jugak?

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau gagal meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk bertindak berhubung deklarasi yang beliau usahakan.

Bekas perdana menteri itu berkata, semasa menghadap selama 70-minit di Istana Anak Bukit, Alor Setar, bulan lepas, beliau turut menunjukkan kepada Seri Paduka gambar deklarasi berserta tanda tangan.

"Dukacita, kami tidak mendapat jawapan positif.  

"Semasa pertemuan itu, Agong juga menyoal saya dengan serius tentang peruntukan undang-undang dan saya beri penjelasan.

"Bagaimanapun, di penghujungnya, saya tidak dapat meyakinkan baginda," kata Dr Mahathir, juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, pada sidang media di sini pada Rabu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 21 September, berkata TuankuAbdul Halim telah menjelaskan kepada Dr Mahathir yang baginda tidak boleh mencampuri urusan PPBM.

Najib berkata Agong mengambil perhatian terhadap isu ditimbulkan Dr Mahathir oleh kerana deklarasi itu tidak mengikut perlembagaan, dan sebarang tindakan hendak diambil mestilah menerusi Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan.

Mengenai sembilan lelaki Australia yang memakai seluar dalam  'JalurGemilang' di perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia di Sepang pada Ahad, Dr Mahathir berkata perbuatan itu menghina negara.  

Beliau berkata budaya Malaysia berbeza dengan beberapa negara lain di mana berpakaian menjolok mata di khalayak ramai itu 'Ok'.

Pada Ahad, polis menahan lelaki Australia itu berusia antara 25 dan 29 tahun kerana dianggap menimbulkan provokasi dan mengenakan pakaian menjolok mata ketika perlumbaan tersebut berlangsung. -Bernama
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment