Dasar Tak Sedar Diri Lah!!!!! Ezam jumpa Muhyiddin rayu sertai PPBM?

Sumber dalaman mendedahkan bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor yang membuat keputusan keluar daripada UMNO pada 2 Oktober lalu berhasrat menyertai PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), namun beberapa orang pimpinan parti itu menolak untuk menerima kemasukkannya.

Sumber memberitahu Ezam sudah bertemu dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pagi Rabu untuk menyerahkan borang keahlian beliau untuk menyertai parti berkenaan yang diasaskan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Usaha BNBBC.my portal untuk mendapatkan pengesahan daripada Ezam masih lagi gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan.

Malah panggilan serta SMS kepada Setiausaha Akhbar Muhyiddin Yassin, juga tidak diendahkan.

Menurut sumber lagi, PPBM masih belum membuat keputusan berhubung perkara tersebut memandangkan terdapat ketakpuashatian dikalangan pimpinan PPBM kerana Ezam sebelum ini lantang menentang Dr Mahathir semasa era reformasi.

Sumber berkata Ezam disifatkan sebagai “parasit” dan kemasukkannya mungkin hanya merugikan parti serpihan UMNO itu menyebabkan mereka perlu membuat pertimbangan sama ada mahu menerimanya atau tidak.

“Ezam ini umpama parasit, kita pun tahu dia lompat sana sini. Kalau masuk PPBM pun belum tentu pimpinan dan akar umbi dapat menerimanya,” kata sumber dalam parti itu.

Esok pimpinan PPBM akan bermesyuarat bagi membincangkan permohonan Ezam dan akan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak.

Ezam sebelun ini membuat keputusan keluar daripada UMNO adalah demi mempertahankan prinsip perjuangannya yang ingin membawa perubahan terhadap negara ini.

Katanya, sebelum ini beliau menyertai UMNO pada Mei 2008 atas prinsip yang sama, iaitu untuk melakukan perubahan besar dalam usaha memerangi rasuah dengan menggubal akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantikan akta Badan Pencegahan Rasuah (BPR).

Bagaimanapun Ezam pernah menentang pentadbiran Dr Mahathir sejak era reformasi pada 1998 selepas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat timbalan perdana menteri dan kemudiaannya berakhir disumbat dalam penjara oleh bekas perdana menteri itu.

Ezam pernah dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada Mei 2010 dan beliau diberikan jawatan Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan pada 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana