DAP 'Jual Harapan Palsu' Di Pulau Pinang - Mah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mah Siew Keong menyelar DAP yang menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang kerana gagal menangani kebimbangan rakyat terhadap pencemaran alam sekitar dan pembersihan cerun bukit di negeri berkenaan.

Presiden Gerakan itu kemudiannya menuduh Pakatan Harapan "menjual harapan palsu" kepada rakyat Pulau Pinang.

"Ia bermula dengan masalah kerosakan bukit. Saya mempunyai semua keratan akhbar yang menunjukkan bahawa bukit di Pulau Pinang digondolkan. Ini adalah masalahnya," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-45 di Menara PGRM pada ahad.

Presiden Gerakan itu turut menegur kerajaan negeri Pulau Pinang kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani kenaikan kos perumahan di negeri itu.

"Ramai rakyat Pulau Pinang mengadu bahawa mereka tidak lagi mampu untuk membeli sebuah rumah. Ketua Menteri Lim Guan Eng mungkin mendapat diskaun.

"Tetapi jika beliau benar-benar meletakkan rakyat dihatinya, beliau tidak boleh mendapatkan diskaun itu tetapi perlu mencari cara supaya rakyat untuk mendapat diskaun," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana