DAP desak ADUN Likas yang keluar parti letak jawatan…

Siapa yang tidak geram begini halnya.Pemuda DAP dalam reaksi segera desak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas,Sabah,Junz Wong ( gambar) letak jawatan sebagai wakil rakyat kerana lompat keluar dari parti itu.

Dalam satu kenyataan Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Who kata dari segi prinsip ini perlu dilakukan kerana Junz Wong menang kerusi DUN Likas atas tiket DAP.

Tegasnya sudah tiada alasan atau sebab untuk terus bergayut pada kerusi DUN itu.

Beliau berkata mana-mana parti lain tidak harus terima pembelot sekalipun ada matlamat sama untuk kalahkan BN.

Junz Wong umum keluar DAP Ahad.Beliau hendak menyertai sebuah parti tenpatan Sabah.

Ketua DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt juga melepas geram dengan melabel Junz Wong sebagai ‘katak lompat’.

Katanya wakil rakyat itu sudah khianati pengundi yang mengundinya semas apilihanraya umum lalu.

Beliau juga desak Junz Wong segera letak jawatan wakil rakyat.

Naib Presiden PKR Tian Chua cuba ‘downplay’ tindakan Pengerusi PKR Sabah Datuk Lajim Okin dan beberapa pemimpin utama PKR negeri keluar parti.

Dakwanya organisasi parti itu di Sabah masih utuh dan cuma perlu diperkuatkan.

Sebaliknya tindakan Lajim bersama Setiausaha PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani dikatakan membuatkan PKR di negeri itu terumbang ambing.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana