DAP Buat-Buat Lupa Isu Rasuah Banglo Lim Guan Eng Dan Taman Manggis

DAP dilihat cuba mengambarkan bahawa isu rasuah dua pegawai Jabatan Air Sabah sebagai masalah rasuah dalam parti UMNO sedangkan bukan semua pegawai kerajaan adalah orang Umno atau pun penyokong Umno.

Malah menurut beberapa kajiselidik yang dibuat turut mendedahkan bahawa kebanyakan jenayah salahlaku rasuah dan sebagainya dalam jabatan kerajaan dilakukan oleh penyokong tegar pembangkang.

Adakah DAP mengambil peluang ini untuk menutup dakwaan salahlaku jenayah rasuah Lim Guan Eng dalam pembelian banglo mewah beliau yang bukan sahaja dibawah harga pasaran malah melibatkan salahguna kuasa dalam penjualan tanah Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin.

DAP juga dilihat “membisu” seribu bahasa dalam isu RM305 juta telah “dibuang” oleh kerajaan mereka hanya  untuk menyediakan kertas kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut yang dilakukan tanpa mengambil kira pandangan dan kajian yang mendalam.

Begitu juga dengan pembinaan laluan berbasikal di Pulau Pinang yang dibina dengan harga  RM 30 juta. Sebenarnya, kerajaan DAP tidak membina apa-apa pun laluan berbasikal di Pulau Pinang. Propaganda kononnya laluan berbasikal sejauh 12 Kilometer ini sebenarnya adalah laluan pejalan kaki di kaki lima yang dicatkan dengan warna hijau, kononnya ia adalah lorong berbasikal.

Memetik portal Roketkini, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berpendapat yang rampasan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) ini sebagai masih kecil jika dibanding dengan graviti masalah rasuah yang sedang dihadapi negara.

Menurut beliau, meski kejayaan SPRM itu dilaporkan dengan meluas oleh media massa, kesemuanya turut mengabaikan berita permohonan bantuan Pejabat Peguam Negara Switzerland yang memohon bantuan pihak berkuasa negara dalam siasatan melibatkan penggelapan dana berjumlah US$800 juta daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Lim Kit Siang dilihat tidak berhak membangkitkan perkara ini memandangkan DAP sedang bergelumang dengan banyak skandal rasuah dan salahlaku guna kuasa. Tambahan pula isu 1MDB telah melalui semua proses siasatan dan perundangan yang sepatutnya.

Berlainan pula dengan DAP yang masih gagal melaksanakan tuntutan mudah RoS berkenaan masalah salah kira dan sebagainya CEC DAP yang telah berlarutan sejak beberapa tahun yang lepas. Nampaknya Lim Kit Siang nampak kuman di seberang laut, gajah depan mata buat-buat tak nampak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana