DAIM Ini Memang Kaki Fitnah....Agak Agak Lah Nak Takut Kan Orang Ramai Pun

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Model terbaharu Proton Holdings Bhd (Proton), Saga telah menerima 6,000 tempahan sejak dilancarkan lebih tiga minggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Rohime Shafie berkata, daripada jumlah tersebut kira-kira 1,000 buah Saga baharu itu telah didaftarkan.

“Sehingga kini jumlah tempahan yang diterima sangat baik walaupun belum cukup tempoh sebulan model ini dilancarkan,” katanya kepada pemberita semasa sesi pandu uji model tersebut di Ipoh, Perak, kelmarin.

Saga terbaharu itu dilancarkan pada 28 September lalu dengan menawarkan empat varian iaitu model 1.3 Standard (transmisi manual) pada harga RM36,800 sebuah, 1.3 Standard CVT (RM39,800), 1.3 Executive CVT (RM42,800) manakala varian 1.3 Premium CVT pada harga RM45,800 sebuah.

Tambah Rohime, sebuah lagi model syarikat itu Persona yang dilancarkan pada Ogos lalu juga menerima kadar tempahan yang baik dengan lebih 15,000 tempahan telah diterima dan 4,500 da­ripadanya didaftarkan.

Proton sebelum ini dilaporkan meletakkan sasaran 3,000 hingga 4,000 buah model Persona mampu dijual sebulan sementara 5,000 buah model Saga akan terjual setiap bulan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknikal Kumpulan Kejurute­raan Proton, Abdul Rashid Musa berkata, Saga yang mempunyai kapasiti enjin 1.3L mempunyai kelebihan untuk dijadikan teksi selepas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membenarkan kenderaan nasional di bawah 1.6L digunakan sebagai teksi.

“Sebelum ini SPAD hanya membenarkan kenderaan nasional dengan kapasiti enjin minimum 1.6L digunakan sebagai teksi. Dengan pembaharuan yang dibuat oleh SPAD, kini tidak menjadi isu lagi untuk menggunakan Saga sebagai teksi,” katanya.

Beliau berkata, Saga boleh dianggap antara model sedan pa­ling mampu milik di rantau ini. Proton mencuba sedaya upaya untuk memastikan harga kenderaan itu tidak melebihi paras RM45,000 bagi memastikan golongan berpendapatan sederhana dan ke bawah boleh memiliki kereta itu.

Kata Abdul Rashid, walaupun beberapa kelebihan seperti sistem brek antikekunci (ABS) yang tidak disertakan untuk varian Standard, namun syarikat itu tidak mengabaikan keperluan ciri-ciri keselamatan utama untuk pengguna kereta tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana