“Dah lupa PRIBUMI, PAN dan DAP adalah juga sebahagian dari PH?”- Huzir

Memetik beberapa portal dan juga facebook hari ini, secara terang dan jelas ada yang tidak kena dengan PAS Terengganu semasa himpuanan yang dilakukan parti itu di Kemasek Kemaman.

Perpecahan itu telah dinyatakan lagi oleh penyokong kuat PAS Terengganu dan kepimpinan Presidennya Abdul Hadi Awang yang mana menidakkan akan kehadiran presiden PRIBUMI Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di pentas utama PAS malam tadi.

Nyata kegusaran ahli-ahli PAS ketika ini bermain di corong-corong facebook yang menyatakan ketidak puasan hati apabila Pesuruhjaya PAS Terengganu menggunakan khidmat presiden Pribumi untuk membantu PAS di Pilihan Raya Umum(PRU) ke 14 nanti.

Seluruh ahli PAS tahu SIAPA Muhyiddin dan jentera Pribumi serta siapa yang memainkan peranan dibelakang Pribumi ataupun pakatan harapan yang dianggotai PKR, DAP dan juga PAN.

Saitifu cuba menyembunyikan perkara itu konon jemputan keatas presiden  PRIBUMI itu untuk mendengar strategi yang akan didedahkan untuk menang pru nanti.

Perkara itu juga dapat dihidu oleh kem presiden PAS, dengan memuatkan rasa tidak puas hati dengan cara Saitifu Bahri mengendalikan PAS Terengganu hari ini yang dilihat LEMAH dan tidak dapat menjatuhkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional(BN) Terengganu ketika ini.

Sementara itu, Pas membuat ketetapan buat masa ini, untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan hujung bulan depan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pada prinsipya Pas menyokong matlamat asal tuntutan Bersih, namun Bersih 5 ada banyak matlamat lain yang Pas rasakan ia tidak selari dengan pendekatan Pas kini.

“Kita ada kaedah sendiri untuk menjadi pembangkang yang efektif di negara ini selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang di bawa Pas sekarang,” katanya kepada Sinar Online.

Takiyuddin berkata, namun ketetapan sama ada untuk membenarkan ahli Pas untuk menyertai itu secara peribadi, Pas belum putuskan lagi.

“Ahli-ahli mungkin akan pergi itu, kita belum buat arahan lagi sama ada mahu benarkan atau tidak,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, beliau menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan sekiranya Pas tidak menyertai perhimpunan Bersih 5, seolah-olah Pas kini ‘bersama BN’.

“Tidak semestinya begitu, kita tidak sokong satu pihak itu bermakna kita menyokong pihak lain, itu teori yang tidak boleh di pakai semua keadaan, macam Pas pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kita masuk bertanding menentang BN,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjurkan himpunan itu dengan bertemakan ‘Satukan Tenaga, Malaysia Baru!’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana