Calon PM: Dari 'My Way' Dr Mahathir kini berdepan 'No Way'

“To think I did all that; And may I say - not in a shy way, "Oh no, oh no not me, I did it my way".Ini adalah sebahagian dari lirik lagu popular ‘ My Way’ nyanyian Frank Sinatra.Tun Dr Mahathir Mohamad diketuai umum cukup minat dengan lagu ini.

Sepanjang perintah negara selama 22 tahun bekas Perdana Menteri itu banyak ikut rentak ‘My Way’ dalam pendiriannya dan gerak langkahnya.

Apakah beliau mengatakan ‘And may I say - not in a shy way’ bila mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri jika blok pembangkang menang pilihanraya umum ke 14 nanti.

Entah le…nak tergelak pun ada sekalipun bab ini serius.Mana tidaknya jawatan Perdana Menteri kini ibarat barang ‘dilelong’ macam goreng pisang di tepi jalan.

Siapa patut jadi Perdana Menteri kini menjadi mainan Dr Mahathir dan rakannya dalam pakatan pembangkang.

Tandatanya yang berlegar apakah ini strategi untuk pikat pengundi menjelang pilihanraya umum ke 14 atau masing-masing sudah pasang badan untuk tunjuk siapa lebih hebat antara mereka.

Mengambil kira stail Dr Mahathir selama ini maka kita boleh berpegang pada rangkap "Oh no, oh no not me, I did it my way" yakni beliau serius ketika mengajukan nama bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai calon Perdana Menteri di satu forum di London.

Jelas sekali beliau membawa naik soal calon jawatan nombor satu negara ini ketika belum adanya lagi kompromi dan kata sepakat antara Parti Pribumi bersatu Malaysia (PPBM) yang dinaunginya dengan blok pembangkang.

Getaran itu dapat dicium menerusi reaksi ‘ kurang selesa’ kalangan pimpinan Pakatan Harapan kepada kenyataan Dr Mahathir.

Maka berkokoklah pimpinan DAP dan PKR bahawa pilihan mereka untuk jawatan Perdana Menteri jika menang tetap pada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini ‘ berehat’ dalam penjara kerana bersalah kes liwat.

Ayam sabung DAP Tony Pua tidak sembunyi cakap Anwar masih pilihan mereka.Begitu juga seorang lagi orang kuat DAP Tan Kok Wai.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli cara lembut tolak dengan mengunakan alasan masih terlalu awal nak namakan sesiapa bagi jawatan itu.

Penyelaras Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah nampaknya tutup laluan pada cadangan Dr Mahathir.

Tanpa menyebut nama sesiapa,katanya seorang Perdana Menteri sementara boleh dilantik jika tidak boleh pegang jawatan itu kerana peraturan.

Beliau ambil contoh Turki dimana Tayyip Erdogan dilarang jadi Perdana Menteri selepas partinya menang pilihanraya 2002.

Jawatan itu disandang oleh Abdullah Gul sebagai Perdana Menteri sementara sehingga larangan itu dimansuhkan pada 2003.

Siapa yang faham peraturan tahu Anwar tidak boleh pegang apa-apa jawatan atau bertanding pilihanraya selama satu penggal selepas keluar penjara.

Peraturan ini terpakai kecuali beliau dapat pengampunan Diraja.

Dr Mahathir tentu sedia maklum mengenai peraturan itu ketika beliau mencadangkan nama Muhyiddin.

Dalam pada itu ikut cerita orang dalam,ramai dikalangan penyokong Pakatan Harapan agak menyinga dengan cadangan Dr Mahathir.

Mereka dikatakan ‘ membacanya’ dari sudut bekas Perdana Menteri itu sudah awal-awal pangkah dan tidak boleh terima Anwar sebagai Perdana Menteri.

Lebih menyakitkan hati mereka bila merasa beliau seolah nak tunjuk siapa bos.

Bukan rahsia lagi masih ramai penyokong Pakatan Harapan masih curiga pada kerjasama blok Dr Mahathir dan pembangkang sekalipun bos-bos diatas tayang kemesraan di khalayak ramai.

Kegagalan gerakan bekas Perdana Menteri itu beri apa-apa impak semasa pilihanraya negeri Sarawak dan pilihanraya kecil kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini menguatkan prasangka itu.

Bagi mereka siapa yang nak pakai siapa sekarang.Modus operandi garu mengaru semata-mata atas matlamat bersama nak jatuhkan kerajaan BN tidak akan kemana.

Siapa boleh lupa bagaimana punya intim PAS semasa dalam Pakatan Rakyat pun akhirnya bercerai kerana perbezaan pendekatan dengan DAP.

Ini baru isu siapa calon Perdana Menteri.

Juga soalnya jika hajat Dr Mahathir nak lihat calon pilihannya jadi Perdana Menteri tidak tercapai apakah beliau dapat terima orang lain yang beliau tidak pengaruhi pegang jawatan itu.

Kita biasa dengan kata-kata ' perang besar u see'.

Ada banyak lagi yang boleh jadi punca sengketa.

Ini termasuk soal cukup sensitif yakni pembahagian kerusi menjelang pilihanraya umum nanti.

Bukan senang mana-mana parti nak beralah dalam pembahagian itu.dalam politik jumlah kerusi ialah penanda aras kuasa.

“I planned each charted course; Each careful step along the byway,And more, much more than this, I did it my way.Ini juga sebahagian lagi lirik lagu ‘My Way’.

Yang pasti ketika Dr Mahathir ada ‘ My Way’…jangan fikir DAP,PKR maupun PAN tidak ada ‘ My Way’ yang tersendiri.

Bibit-bibit ’No Way’ sudah terbentang di depan mata dalam bab calon Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana