Bila Rafizi “Mati” Akal, Idea Bodoh Langkah Akhir Selamatkan “Air Muka’

KEGAGALAN pakatan harapan menyediakan bajet alternatif yang mampu menyaingi bajet yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaksa anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyarankan idea bodoh tahap melampau bersama tuduhan-tuduhan yang tidak masuk akal.
Tindakan Rafizi menyarankan Perdana Menteri membuat kerja sambilan sebagai pemandu Uber untuk menampung perbelanjaan hariannya dilihat sebagai cadangan terdesak pakatan harapan yang kehilangan punca dan kering idea untuk memberikan gambaran buruk pembentangan Bajet 2017 pada Jumaat lepas.
Beliau yang juga naib presiden PKR cuba memberi gambaran bahawa Bajet 2017 sebagai belanjawan yang tidak mementingkan kebajikan rakyat sedangkan semua pihak tahu bahawa ianya merupakan antara belanjawan yang paling prihatin terhadap keperluan dan kehendak rakyat disamping dapat menjaga kesejahteraan negara.
Malah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri sebagai Ketua Pembangkang mendakwa bahawa Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri sebagai tidak telus. Katanya, isi pembentangan yang dilihat tidak realistik memaksa beliau bersama ahli Parlimen pembangkang yang lain meninggalkan Dewan Rakyat.
Rakyat tahu bahawa Bajet 2017 dianggap tidak realistik oleh pihak pembangkang memandangkan ianya terlalu banyak memberi kepada rakyat sedangkan mereka menjangkakan belanjawan tersebut tidak bersifat mesra rakyat dengan membuat andaian ekonomi negara berada dalam keadaan tenat. Itulah punca sebenar yang menyebabkan mereka menganggap yang ianya tidak realistik.
Ironinya kini Rafizi cuba mengembalikan semula “air muka” pakatan harapan akibat insiden keluar Dewan Rakyat ekoran kegagalan mereka menerima kritikan lembut daripada Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan yang mesra rakyat tersebut.
Dalam usaha beliau “spin” fakta belanjawan tersebut, Rafizi dilihat cuba menjatuhkan maruah Perdana Menteri pula. Tindakan yang cukup kurang ajar dari Rafizi ini perlu diperbetulkan. Pernahkah Rafizi membaca Bajet Alternatif pakatan harapan yang dibentangkan dua hari sebelum pembentangan belanjawan negara?
Nasihat dari kami, sebelum Rafizi meneruskan kritikan jahat terhadap Bajet 2017, beliau perlu mengkaji atau baca sepintas lalu Bajet Alternatif Pakatan Harapan sebelum beliau layak menyuruh Datuk Seri Najib bawa teksi Uber.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana