Bila lagi PPBM hendak umum jumlah keahlian...

Pada laporan di MalaysiaKini bertarikh 4 Oktober (Selasa) dikatakan Syed Saddiq akan mengumumkan jumlah keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Bahkan tersebar meluas di lain lain portal juga berita yang sama.

Maka jika dilihat pada tarikh hari ini 25 Oktober , kebetulan hari Selasa , maka boleh dikatakan sudah 3 Selasa berlalu , tetapi Syed Saddiq masih membisu dan sembunyikan diri tanpa muncul di mana mana forum, ceramah atau pentas mahu pun PC untuk umumkan jumlah keahlian Parti Bunga sebagai dijanjikan.

Bukan ada sesiapa yang tuntut tarikh umum keahlian, tetapi Syed Saddiq sendiri sebagai ahli majlis kepimpinan PPBM sendiri yang kata akan dedahkan.

Makanya, kita cuma bertanya, kenapa tidak tepati janji?

Apa masalahnya? ada masalah kah?

Jika tidak ada forum atau pentas atau apa apa pun event untuk jadi platform mengumumkan jumlah keahlian, SS boleh saja umum pada twitter atau pun FB peribadi.

Hanya sebut jumlah sahaja, itu bukan susah pun.

Atau, mungkin ada masalah agak nya.

Mungkin gembar gembur tidak sehebat reality, adakah itu kemungkinannya?

“Exodus” yang diwar warkan tidak menjadi , tiada berbondong ahli UMNO atau pun individu yang ramai berlumba lumba masuk mahu menjadi ahli parti Bunga kerana menyedari ia hanya sebuah parti opsyen terakhir perjuangan peribadi Tun Mahathir sahaja.

Mungkin rakyat sedar hayat sebuah parti picisan selalunya tidak lama dan mati tanpa kubur dan peninggalan jasa seperti Semangat 46 dan lain lain.

Umum juga tahu PAN adalah parti hamba abdi DAP dan PKR adalah parti keluarga Anwar, maka Parti Bunga di letak sebaris dengan parti picisan seperti PAN dan PKR.

Orang kata nyawa PKR sepanjang hayat Anwar Ibrahim sahaja.

Apa pun, kita kembali kepada persoalan kenapa masih tidak dapat umum kan jumlahnya lagi?

Tidak kiralah sama ada cuma 20,000 sahaja yang mendaftar , atau 100,000 tidak mengapa, asalkan ia dapat di umumkan seperti di janjikan.

Berapa hari Selasa kah yang Syed Saddiq mahu tunggu untuk umum?

Satu ketika lalu Syed Saddiq sendiri menyatakan orang ramai mengetuk cermin kereta tanpa henti untuk meminta borang keahlian untuk masuk parti Bunga, maka tentu sekali kini jumlah nya sudah berpuluh ribu , jika peristiwa ketuk cermin kereta di ambil kira.

Sebagai pihak yang sudah lebih lama ceburi politik , kita hendak berpesan, jangan terlalu “overzealous” dalam apa apa hal.

Jangan beremosi, belajar lah dari penaung parti bunga itu sendiri ia itu Tun Mahathir, dia tidak tunjuk apa dia hendak laku kan didepan orang ramai, tetapi dia bertindak belakang tabir, sama juga dengan dia tidak pernah umum siapa dia Perdana Menteri yang dia hendak naik kan pada tahun 2018-2020.

Maka persoalan akhir , berapa Selasa kah kita perlu tunggu untuk parti Pribumi yang wujud kerana Tun Mahathir gagal perguna Presiden UMNO akan umum kan jumlah ahli nya?

Lagi berapa Selasa?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana