BILA GAGAL URUS AIR , SALAH UMNO.. MENTERI BESAR TAPI OTAK KECIK.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dicabar membuat laporan polis bagi membuktikan dakwaan pencemaran air di Sungai Semenyih adalah angkara sabotaj UMNO dan Barisan Nasional (BN). Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata pihaknya tidak terkejut dengan tuduhan tidak berasas itu kerana mendakwa budaya 'bangau oh bangau' itu sudah menjadi amalan pembangkang sejak sekian lama. Katanya, kegagalan kerajaan negeri menghapuskan kilang haram didirikan di pinggir sungai adalah punca isu pencemaran air tidak selesai sehingga kini sehingga menyusahkan jutaan rakyat Selangor. "Saya dan rakyat ketawa dengar tuduhan tidak berasas kerana Mohamed Azmin sudah habis modal dengan menuduh UMNO sabotaj untuk menang pilihan raya. "Saya nak beritahu Menteri Besar,

UMNO nak menang pilihan raya bukan dengan cara kotor dan menyusahkan rakyat. "Jika benar ada bukti (UMNO) sabotaj, saya cabar dia buat laporan polis dan serah kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Semalam, portal berita The Sun Daily melaporkan Mohamed Azmin mendakwa siasatan awal menunjukkan pencemaran air di Sungai Semenyih disabotaj UMNO dan mengaitkannya dengan pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir. Semalam, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih ditutup buat kali ketiga dalam tempoh sebulan dan kali kelima tahun ini, berikutan pencemaran bau air sungai.

Hujung bulan lalu, pengguna di empat kawasan menghadapi gangguan bekalan air akibat penutupan LRA Sungai Semenyih berikutan pencemaran dipercayai berlaku di Sungai Lalang, antara sungai yang mengalir ke Sungai Semenyih. Kesan keadaan itu, sebuah kilang di Batu 22 1/4 di Jalan Sungai Lalang disita, manakala tanah premis dirampas kerajaan negeri selepas dikesan menjadi punca pencemaran bau Sungai Semenyih.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana