Bersih Berhenti, Baju Merah Pun Berhenti, Sanggupkah Pakatan Harapan

 JIKA benar BERSIH yang dipengerusikan oleh Maria Chin Abdullah seorang aktivis pro pembangkang, tidak berniat untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional daripada tampuk pemerintahan kerajaan sedia ada maka mereka sepatutnya berhenti daripada berhimpun kerana ia tidak lagi mendapat sokongan orang ramai.

Tindakan tersebut juga akan memberi kesan kepada gerakan ‘baju merah’ untuk melakukan perkara yang sama. Setakat ini BERSIH telah menganjurkan beberapa siri konvoi di seluruh negara untuk mendapatkan sokongan menjelang perhimpunannya pada 19 November ini.

Siri jelajan BERSIH sering kali bertembung dengan bantahan daripada gerakan ‘baju merah’ yang berikrar untuk berada di mana sahaja lokasi yang menjadi pilihan BERSIH. Tujuan mereka untuk menyatakan bantahan terhadap perhimpunan haram yang dibuat oleh BERSIH.

Kita sedia maklum bahawa dalam kebanyakan perhimpunan haram, peserta BERSIH sering melakukan keganasan sehingga mendatangkan kecederaan dan merosakan harta benda awam. Oleh itu, sebenarnya tindakan baju merah menyatakan protes  terhadap perhimpunan BERSIH dianggap tepat pada masanya oleh sesetengah pihak.

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa BERSIH yang didalangi oleh pembangkang menuntut peletakan jawatan Datuk Seri Najib Abdul Razak selaku perdana menteri sedangkan beliau diplih oleh rakyat. Oleh itu, BERSIH dengan jelas bertujuan untuk menumbangkan BN sebagai parti pemerintah.

Semalam Datuk Abdul Rahman Dahlan dilaporkan akan meminta pihak Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk tidak lagi menganugerahkan kontrak kerajaan kepada mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan BERSIH.

Dalam tweetnya, Abdul Rahman berkata, beliau bersetuju dengan pandangan penulis ruangan pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia yang mahu kerajaan menyenarai hitamkan syarikat terbabit.

Nampaknya tindakan Rahman Dahlan tersebut telah mengundang keresahan dikalangan penyokong BERSIH yang selama ini turut sama membiayai perhimpunan haram tersebut. Rakyat berharap tindakan tegas kerajaan akan membendung perhimpunan haram BERSIH yang selama ini sering menyusahkan rakyat. Sudah sampai masanya BERSIH berkubur buat selama-lamanya.

Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment