Bersih 5 tak penting, baik tolong orang kampung – Khalid Ibrahim

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata himpunan jalanan Bersih 5 anjuran Bersih 2.0 yang dirancang pada 19 November depan tidak perlu diadakan.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata apa yang penting pada ketika ini ialah menyelesaikan masalah rakyat terutama dari sudut ekonomi.

“Sekarang tidak perlu lagi kita adakan perarakan jalanan kerana masalah rakyat ialah kemiskinan, jurang kaya dan miskin.

“Kalau Bersih dapat gunakan tenaga mereka untuk mencari kampung miskin dan gunakan kumpulan pakar mereka untuk membantu dan menghindarkan kemiskinan lebih baik,” katanya kepada pemberita di Garden Residance Cyberjaya, hari ini.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah sebelum ini berkata himpunan Bersih 5 diadakan bagi menuntut reformasi institusi dalam negara dilakukan.

Malah, Bersih 2.0 turut mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri kerana terpalit dengan isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

Khalid yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata pemimpin parti politik juga tidak perlu memfokuskan kepada isu himpunan jalanan sebaliknya mesti lebih berminat memperjuangkan kebajikan rakyat.

“Tidak lama lagi, kurang tempoh 2 tahun setengah, PRU akan diadakan. Jadi, jangan sibuk perkara itu tetapi perlu menunjukkan minat untuk memperjuangkan rakyat dan memberikan contoh bagaimana rakyat ditolong,” katanya.

Himpunan Bersih 5 turut dibantah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos yang mendakwa Bersih diresapi fahaman IS. Bagaimanapun, Maria menafikannya dan mengemukakan tuntutan saman terhadap Jamal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana