BERSIH 5: Bekas PAS Samada “Gila Talak”, Atau “Meroyan”

Sesiapa pun tidak akan mampu menentang hujah, bahawa ketika bersama Pakatan Rakyat, PAS merupakan penyumbang utama sebagai jentera, termasuklah menyediakan jumlah khalayak yang ramai bagi membuktikan kekuatan himpunan-himpunan yang ditunjangi oleh pembangkang.

Senarionya berbeza, kerana kini PAS tidak lagi bersama dengan pakatan pembangkang, yang bakal menganjurkan satu lagi siri himpunan BERSIH.

BERSIH 4 sebelum ini diberi tamparan hebat apabila PAS mengambil pendekatan untuk tidak lagi bersama dengan pakatan. Hasilnya, jumlah kehadiran sangat berkurangan, berbanding dengan siri sebelumnya.

Bertitik tolak dari itu, kita melihat bagaimana serpihan PAS, atau golongan harum manis melancarkan serangan bertali arus ke atas bekas induknya, bertujuan untuk mengikis kepercayaan ahli PAS terhadap presiden parti, Hadi Awang. Bukan itu sahaja, kita juga dapat melihat, melalui media sosial khususnya, bagaimana usaha untuk menjatuhkan Hadi Awang tidak lagi dilihat sebagai satu pendapat peribadi, tetapi lebih kepada satu kempen.

Setelah keluar dari PAS, golongan-golongan tersebut ternyata tidak dapat menerima kenyataan bahawa selama ini mereka tidak mempunyai pengaruh yang cukup untuk mengajak ahli-ahli PAS yang lain turut serta meninggalkan parti kedua terbesar untuk orang Melayu itu.

Oleh yang demikian, kita tidak hairan jika ada usaha-usaha untuk menjual nama Almarhum Nik Aziz, bagi menjayakan kehadiran khalayak di kalangan ahli PAS pada BERSIH 5 nanti. “Aura” almarhum di kalangan ahli PAS dijadikan “senjata” untuk mengumpan ahli PAS agar turut serta November nanti. Sudah terdesak, apa lagi yang terbaik dari menjual nama orang yang sudah mati, kerana dengan cara itu sahajalah komunikasi akan bersifat satu hala. Mana mungkin mereka yang sudah tiada mampu memberi kenyataan politik semasa, bukan?

Mujur perkara sedemikian dibidas oleh anak almarhum sendiri iaitu Nik Abduh. “Jangan jadi penyembah kubur”, kata Nik Abduh kepada mereka-mereka yang sedang mempergunakan nama ayahnya untuk kepentingan politik.

Kasihan juga melihat telatah mereka-mereka yang telah keluar dari PAS. Siang malam mengutuk PAS segala bagai, tetapi pada masa yang sama masih mengharap kepada kekuatan parti yang mereka sendiri sudah hilang kepercayaan.

Tak tahulah hendak kata bagaimana, entahkan gila meroyan, atau gila talak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana