Berbelit Belit Lah MIDIN Cakap!!!!! Muhyiddin dakwa PAS beri komitmen tumbangkan BN pada PRU

MUAR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa mendapat komitmen daripada PAS untuk membentuk blok pembangkang baru dalam usaha menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau mendakwa mendapat pernyataan mengenai komitmen itu ketika menghadiri sebuah majlis politik yang diadakan di Kemaman, Terengganu, beberapa hari lalu.

Memetik laporan BH Online, Muhyiddin mendakwa walaupun belum dapat bertemu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil pemimpin PAS itu menunjukkan tanda yang positif.

"Baru-baru ini, ketika saya menghadiri satu majlis di Kemaman, Terengganu, saya sempat berjumpa dengan beberapa pimpinan PAS dan satu pernyataan secara terbuka (yang didakwa dibuat oleh PAS) yang tidak mendapat laporan oleh media.

"PAS bersedia tumbangkan Umno dan BN. Mereka kata tidak akan bekerjasama dengan Umno dan BN. PAS, PKR dan PPBM perlu bekerjasama dalam hal ini," dakwanya ketika berucap pada Program Bicara Rakyat Bersatu di Kampung Sungai Terap, di sini, malam tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana