Balak... PAS vs NGO pembangkang pro DAP

NGO-NGO pembangkang yang pro DAP nampaknya tidak melepaskan peluang keemasan untuk membelasah kerajaan Islam PAS di Kelantan berikutan pembalakan, isu alam sekitar dan orang asli yang hangat diperkatakan ketika ini.

Ada macam-macam NGO pro pembangkang yang setiap hari keluar kenyataan belasah PAS dan kerajaan Pusat dalam isu tersebut padahal kuasa tanah adalah kuasa kerajaan negeri.

Ini termasuk satu NGO yang kononnya memerangi rasuah iaitu Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) yang teruk belasah kerajaan Kelantan berikutan kes pembalakan di Gua Musang.

PAS mempersoalkan kritikan beberapa pihak mengenai kegiatan pembalakan haram di negeri Kelantan yang ditadbir parti itu, dengan berkata aktiviti sedemikian turut berlaku di negeri lain.

Setiausaha Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaiman, berkata tuduhan C4 yang baru-baru ini menggesa pihak berkuasa Kelantan berhenti terus menafikan kegiatan yang merosakkan kawasan hutan itu, seolah-olah pembalakan hanya berlaku di negeri itu.

“Seharusnya kritikan C4 juga tertumpu kepada negeri-negeri lain yang terlibat dengan aktiviti pembalakan lebih-lebih lagi di Sarawak, sebuah negeri pengeluar balak yang terbesar di negara ini iaitu hampir 10 kali ganda pengeluarannya… jika dibandingkan dengan Kelantan,” kata Huzir.

Huzir berkata isu melibatkan Orang Asli juga berlaku di negeri lain seperti Pahang, manakala isu alam sekitar turut berlaku di Pulau Pinang, Johor dan Selangor.

Pengarah C4, Cynthia Gabriel baru-baru ini berkata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob perlu “menghentikan sindrom penafian” dan menunjukkan kepimpinan dengan memperkenalkan dasar ketat menguruskan hutan.

Ia susulan insiden pergelutan antara pihak berkuasa dengan 160 penduduk Orang Asli dan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), ketika mereka cuba mempertahankan penghalang jalan di penempatan Orang Asli Pos Simpor, dekat Gua Musang.

Industri pembalakan di Kelantan kerap dipersoalkan. Perhutanan Kelantan mendedahkan sejumlah 7,248 hektar daripada lebih 600,000 hektar Hutan Simpan Kekal diteroka secara haram sejak 1980-an.

Sementara itu, bagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed isu pembalakan antara 15 syarikat pembalak dengan masyarakat Orang Asli di Gua Musang perlu diselesaikan segera bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini tercetus di antara kedua-dua pihak.

Menurutnya setakat ini, banyak pihak masih kabur mengenai cerita sebenar di sebalik masalah yang timbul hingga menyebabkan pelbagai spekulasi.

“Jika kes ini dibiarkan berlarutan terlalu lama, kita khuatir akan wujud pihak ketiga yang mengambil kesempatan, jadi langkah pertama patut diambil, mereka perlu diterangkan apa isunya kerana ramai yang tertanya-tanya masalah sebenar.

“Kedua, apa sahaja isunya, perkara ini perlu diselesaikan secara aman menerusi perbincangan dan rundingan kedua-dua belah pihak, manakala ketiga, kita jangan biarkan pihak ketiga menangguk di air keruh, sehingga mengeruhkan lagi suasana,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, penduduk Orang Asli mendakwa kawasan antara Pos Tohoi dan Pos Simpor merupakan tanah milik nenek moyang mereka yang diceroboh syarikat pembalak, manakala pembalak pula mendakwa mereka mempunyai lesen sah untuk melakukan kerja-kerja pembalakan.

Mustapa berharap kebajikan masyarakat orang Asli tetap diutamakan dan dibela kerana hutan amat penting bagi mereka. Di situ lah juga mereka mencari rezeki selama ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana