Bajet 2017 alternatif Pakatan cuba 'mengurat' Sabah dan Sarawak

Seperti kebiasaan dua hari sebelum pembentangan Bajet oleh kerajaan, pembangkang akan mengeluarkan belanjawan alternatif yang kononnya lebih baik daripada apa yang bakal diumumkan kerajaan dalam usaha meningkatkan ekonomi Malaysia.

Menjanjikan bulan dan bintang adalah prinsip biasa yang selalu dilakukan pembangkang kerana sebagai bukan kerajaan, mereka tahu perkara itu memang tidak akan dilaksanakan.

Malah kali ini apa yang begitu ketara adalah pembangkang cuba ' mengurat' rakyat Sabah dan Sarawak dengan menjanjikan bajet pembangunan terbanyak kepada dua negeri itu daripada peruntukan pembangunan tahunan persekutuan kira-kira RM50 bilion.

Manakala Kedah, Terengganu dan Kelantan turut menjadi perhatian perbelanjaan Pakatan Harapan dengan peruntukan sebahagian daripada 60 peratus daripada bajet pembangunan yakni selepas RM15 bilion darinya dijanjikan untuk Sabah dan Sarawak..

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Alternatif Malaysia 2017 bertemakan ‘Pakatan Harapan Menentukan Masa Hadapan’ yang turut menyenaraikan 11 cadangan dengan harapan kerajaan mengambil kira pandangan tersebut.

Antara 11 cadangannya adalah peluang sama rata dalam pekerjaan dan keusahawanan, meningkatkan upah, kurangkan pekerja asing , prosedur kerajaan bagi pelaporan fiskal, pencegahan rasuah, pembangunan luar Bandar di Sabah dan Sarawak, menyemarakkan industri beras.

Turut hadir dalam pembentangan di bangunan Parlimen itu ialah Presiden PAN Mohamad Sabu, Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah serta seluruh ahli parlimen pembangkang.

Dalam pada itu, Presiden PKR itu turut berkata tema belanjawan tersebut didakwa kerana kelembapan ekonomi yang ketara dan turut menjangka tahun depan akan mengalami krisis ekonomi yang teruk.

Belanjawan Pakatan tersebut memfokuskan, antara lain, pengurangan peruntukan untuk Pejabat Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion, daripada RM20.31 bilion bagi tahun 2016, selain berhasrat menghapuskan ketirisan akibat rasuah.

Menurut dokumen 40 muka surat itu juga, gabungan politik DAP, PKR dan Amanah itu menjangkakan pembanterasan korupsi dan sistem anti rasuah akan dapat menjana penjimatan sehingga 20% untuk satu tahun fiskal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana