Bahaya Sangatkah Menara Azan Surau Ar-Raudhah Sehingga Dirobohkan?

Umat Islam di Setia Alam hari benar-benar berada dalam keadaan kesedihan. Manakan tidak, menara azan yang sentiasa menjadi medan buat muazzin mengalunkan azan bagi memberitahu waktu solat buat umat Islam hari ini dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam pagi tadi.

Alasan yang diberikan oleh MBSA adalah terdapat aduan orang ramai yang mengatakan menara berkenaan tidak selamat dan membahayakan penduduk sekitar. Malah, MBSA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan juga turut mengesahkan, menara berkenaan dibina tanpa kebenaran pihak mereka. Persoalannya, adakah benar dakwaan ini?

Jika diikutkan kepada undang-undang, mungkin ianya benar kerana pihak MBSA sendiri mempunyai spesifikasinya yang tersendiri dalam membina sesuatu menara seperti ini. Namun, sebagai sebuah negara yang berteraskan Islam sebagai agama rasminya, bukankah molek kiranya MBSA menggunakan pertimbangan yang sewajarnya?

Adakah menjadi satu kesukaran buat MBSA serta kerajaan negeri Selangor untuk berdialog dengan penduduk serta menilai sendiri kekukuhan menara berkenaan sebelum ianya dirobohkan? Jika ada sesuatu yang tidak menepati piawaian MBSA, adakah sukar buat pihak mereka dan jawatankuasa penduduk membetulkan semula apa yang pincang daripada bertindak merobohkan?

Lagi pula, menara ini sudah dua tahun siap dibina dan adakah selama dua tahun ini MBSA terlepas pandang sehinggalah hari ini tindakan merobohkan menara ini diambil? Adakah Jabatan Agama Islam Selangor hanya mendiamkan diri dengan tindakan MBSA ini?

Lebih menghairankan, sejak menara berkenaan dibina, belum pernah menara azan berkenaan tumbang atau setidak-tidaknya serpihannya mengenai orang ramai yang lalu lalang di kawasan berkenaan. Justeru timbul persoalan, adakah menara berkenaan benar-benar bahaya atau hanya merbahaya kepada telinga yang mendengar azan di kumandangkan?

Sejak Pakatan Harapan mengambil alih beberapa buah negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang, banyak kontroversi keagamaan telah berlaku. Sebagai contoh, apa yang berlaku di Puchong, Selangor dimana beberapa orang penduduk kaum Cina bertindak biadab menyerang sebuah surau hanya berang bacaan ayat suci Al Quran dan azan Subuh di kumandangkan.

Perkara yang sama turut berlaku di Pulau Pinang di mana terdapat arahan yang menyebut larangan menyiarkan bacaan ayat suci Al Quran di kumandangkan sebelum waktu azan dilaungkan. Lebih mengharukan, pembesar suara juga diminta diperlahankan agar tidak mengganggu tidur penduduk bukan Islam dan penduduk beragama Islam yang cukup liat untuk mengerjakan solat Subuh.

Justeru, bukan satu yang menghairankan apabila menara azan seumpama ini difitnah kerana mungkin membahayakan penduduk sekitar. Kiralah, berapa banyak masjid dan surau yang mempunyai menara di Selangor dan Malaysia, berapa buah menara yang pernah runtuh sehingga mengakibatkan kematian?

Nyata sekali alasan yang dikemukakan merupakan satu alasan yang tidak logik. Paling menghairankan, kerajaan Selangor hanya berdiam diri bila perkara ini berlaku walaupun pada hakikatnya, Paduka Sultan Selangor sentiasa mengingatkan kerajaan negeri agar menjaga kebajikan umat Islam di Selangor. Persoalannya, adakah MBSA dan kerajaan Selangor mahu menggantikan semula menara azan ini setelah ianya dirobohkan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana